Salam Iraq diwakili Ustaz Mohd Fairooz Fathillah (Pengerusi), Mohamed Fariz Mohamed Fadhlullah (Pengurus), Noorsyazly Rameli (Pegawai Eksekutif) serta ahli Sekretariat, Ismail Sulaiman.
Dari kiri: Di Pejabat IKRAM N. Sembilan, Noorsyazly dan Fariz di Pejabat IKRAM Melaka, serta ahli IKRAM Melaka yang hadir.
Dalam ziarah di Pejabat IKRAM Negeri Sembilan di Senawang pada 5 Oktober, jam 9.30 malam, Salam Iraq telah menyampaikan taklimat serta bertemu dengan 6 orang pimpinan JKPUS Negeri Sebilan yang diketuai oleh Pengerusinya, Saudara Hasri Wazir.
Manakala pada 6 Oktober, jam 10.00 pagi di Melaka, Salam Iraq telah bertemu dengan lebih 20 orang ikhwah akhawat Melaka yang diketuai oleh Pengerusi JKPUS IKRAM Melaka merangkap Setiausaha IKRAM Melaka, Saudara Aris Sipan.
Dari kedua-dua ziarah tersebut, Salam Iraq Pusat telah menerima pelbagai idea serta maklum balas bagi menggerakkan aktivisme di peringkat akar umbi. Semoga dengan adanya ziarah ini akan menambahkan lagi semangat para ahli IKRAM di semua peringkat untuk bersama menggerakkan aktiviti Salam Iraq, insya-Allah.
Gambar utama: Pengerusi Salam Iraq, Ustaz Fairooz.