Kenyataan Media

Pendirian IKRAM dalam pelbagai isu, juga perutusan.

Kenyataan Media

Politik kolaborasi demi merungkai kemelut negara

IKRAM berharap dan mendoakan agar usaha berkenaan akan membuka jalan ke arah kesepakatan di antara pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang untuk menangani krisis kesihatan, ekonomi, sosial dan pendidikan yang melanda negara.

Kenyataan Media

AQSA TO GAZA 17 (A2G17): Misi Akademia ke Gaza


KENYATAAN AKHBAR

21 JUN 2013

AQSA TO GAZA 17 (A2G17)

Misi Akademia ke Gaza (Malaysia Academic Mission-MyAM)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Kepedulian rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin terutamanya di Gaza semakin terserlah dan sedang melangkah ke sektor pendidikan pengajian tinggi yang lebih strategik. Kesungguhan Malaysia di dalam membantu Gaza turut dibuktikan dengan lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Abdul Razak ke Gaza baru-baru ini.

Kenyataan Media

Boikot Kurma Iran – Gabungan Selamatkan Syria

KENYATAAN MEDIA

GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA

20 Jun 2013 / 11 Sya’ban 1434

KEMPEN BOIKOT KURMA IRAN

Kebangkitan Rakyat Syria yang bermula pada 15 Mac 2011 telah bertukar menjadi salah satu medan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah ketamadunan manusia yang dilakukan oleh rejim pemerintah Bashar Al-Assad . Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 93,000 orang rakyat. Sehingga 8 Mac lalu, seramai  1,000,000 rakyat Syria dilaporkan oleh UNHCR menjadi pelarian dan 2.4 juta rumah dimusnahkan.

Kenyataan Media

IKRAM Saran Kerajaan dan Polis Bersikap Adil

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
28 Mei 2013 bersamaan 18 Rejab 1434 H
IKRAM Saran Kerajaan dan Polis Bersikap Adil

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang berat penahanan berkait perhimpunan aman, ucapan-ucapan yang didakwa berbaur hasutan dan rampasan akhbar  Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket.

Kenyataan Media

Murabbi IKRAM-MUSLEH: Membina Pemimpin Umat dan Masyarakat

Perutusan: Sempena Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH

16 Mei 2013

Tema: “Murabbi IKRAM-MUSLEH: Membina Pemimpin Umat dan Masyarakat”

Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi azza wajalla di atas segala inayah wal hidayah wat taufiq-Nya s.w.t. ke atas kita sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah s.w.t. dan mendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya – amiin.

Kenyataan Media

Hari An-Nakbah ke-65: Perutusan Aqsa Syarif

Dengan Nama ALLAH Maha Pemurah Maha Pengasihani

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Tarikh 15 Mei adalah sejarah penting bagi seluruh warga dunia. Pada setiap tahun rakyat Palestin mengingati tarikh tersebut di mana mereka telah ditimpa satu tragedi yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah kemanusiaan. Mereka diusir keluar dari tanah air mereka setelah ribuan rakyat Palestin dibunuh dengan kejam dan ratusan kampung dan pekan dimusnahkan oleh pengganas-pengganas Zionis.

Kenyataan Media

Perutusan IKRAM kepada para pengundi PRU-13

PERUTUSAN IKRAM KEPADA PARA PENGUNDI PRU-13
30 April 2013 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1434 H
Para pengundi yang budiman!

Setelah sekian lama menanti, akhirnya tarikh 5 Mei 2013 diisytiharkan sebagai tarikh pembuangan undi bagi Pilihanraya Umum Malaysia ke-13 (PRU-13).

Kenyataan Media

Bersama hentikan keganasan terhadap wanita – Wanita IKRAM

KENYATAAN MEDIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA
WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
8 Mac 2013

“A promise is a promise: Time for action to end violence against women”

“Janji adalah janji: Masa untuk bertindak memberhentikan keganasan terhadap wanita”

Kenyataan Media

PRU13: Kenyatan media Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)

SIDANG MEDIA

5 Mac 2013

KENYATAAN MEDIA GBM TENTANG PILIHANRAYA UMUM KE-13

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) adalah gabungan dua puluh lima (25) buah Badan-badan Bukan Kerajaan berbagai etnik dan agama, tidak memihak dan bertekad untuk membangun Malaysia yang lebih baik.

Kenyataan Media

Pendirian IKRAM dalam pelbagai isu, juga perutusan. Politik kolaborasi demi merungkai kemelut negara IKRAM berharap dan mendoakan agar usaha berkenaan

Read More »

ARTIKEL POPULAR

Group 10

ARKIB

Group 10
Archives

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia