Rampasan kuasa: Kenyataan Ikhwan Muslimin

1. Ikhwan Muslimin menolak secara jelas dan menyeluruh terhadap rampasan kuasa tentera daripada Presiden yang merupakan presiden yang sah berdasarkan undang-undang Negara. Ikhwan Muslimin tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan perampas kehendak rakyat dan umat. Ikhwan Muslimin akan bersama rakyat menentang rampasan kuasa tentera ini melalui jalan aman.

2. Ikhwan Muslimin menolak secara total semua pendekatan keras menentang peserta demonstrasi aman yang menyaksikan puluhan telah gugur syahid. Ikhwan Muslimin tegas dan konsisten bersama golongan yang cintakan keamanan untuk merealisasikan perubahan selaras dengan undang-undang serta akan terus beriltizam dengannya. Ikhwan Muslimin juga meminta semua pihak memelihara agar pertumpahan darah tidak berlaku, berdisiplin dan tidak sekali-kali berubah menjadi ganas dalam mencari solusi terbaik.

3. Ikhwan Muslimin menolak secara total pendekatan ganas pihak polis yang telah mula menggunakan kekerasan menangkap pimpinan Ikhwan Muslimin dan partinya. Ikhwan Muslimin mengecam keras menutupan saluran-saluran tv berkenaan. IM mengecam sekeras-kerasnya pencabulan terhadap prinsip kebebasan dan iklan yang sebenarnya telah membawa Mesir ke zaman kegelapan diktator dan kerosakan.

4. Ikhwan Muslimin berharap agar semua institusi-institusi Negara mengambil tanggungjawab untuk memastikan bahawa demonstrasi rakyat ini terjamin aman dan sejahtera.

Semoga Allah SWT memelihara Mesir, rakyat dan Presidennya yang sah daripada segala yang tidak baik.

Sumber: http://abuamru1208.blogspot.com/2013/07/bayan-im-berkenaan-rampasan-kuasa.html

Teks Arab: http://abuamru1208.blogspot.com/2013/07/blog-post.html

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia