110 pasukan, 6 negara berentap dalam Debat Antarabangsa Pelajar Musleh ke-5

Kejohanan empat hari ini dianjurkan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International Centre for Educational Excellence (ICEE). Majlis penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II pada hari Sabtu bersamaan 29 Jun 2013 pukul 2.30 petang.

Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat pendakwah dan pemidato  dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di samping membudayakan mereka berhujah  berdasarkan fakta dan bertukar pandangan secara rasional, berhikmah dan beradab.  Kepetahan dan kefasihan serta teknik pemikiran yang kritis digabungkan secara bersama dalam menyampaikan perdebatan dengan sempurna. Kejohanan ini juga akan menjadi medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian pengalaman di antara penyelidik, penggiat, pengusaha dan pihak yang berkepentingan dalam sistem pendidikan Islam negara dan serantau.

Seratus sepuluh (110) buah pasukan daripada sekolah-sekolah di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Gaza dan Qatar akan berdebat atas tema-tema yang berkaitan politik, ekonomi, alam sekitar, sosial, sukan, kesihatan dan pendidikan.  Kejohanan ini dibuka kepada tiga kategori iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Kejohanan ini berdasarkan format debat ala-Parlimen Malaysia yang mengaplikasikan sistem “power match” berkumpulan yang lazimnya digunakan dalam pertandingan-pertandingan antara universiti di peringkat antarabangsa. Sila layari blog kejohanan di http://www.muslehdebate.com dan FB Ikram-Musleh untuk maklumat terkini. Sila berhubung dengan Ust Amin di talian 019-2687058 untuk maklumat lanjut.

Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa institusi pengajian tinggi dan masyarakat umum untuk turut hadir menyaksikan kehebatan pendebat-pendebat beraksi.

Pihak penganjur juga mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil media bagi membuat liputan sepanjang kejohanan berlangsung dan semasa majlis perasmian penutup oleh oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II.


Prof Dr Omar Yaakob

Pengerusi

Jawatankuasa Pendidikan IKRAM

012-7086482

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia