
Update Status: 10 Peringatan Berguna untuk Manfaat Semua

Cita-cita Hassan al-Banna
Diceritakan guru al-Banna, Syeikh Ahmad Yusof Najati sangat gemar memilih tajuk-tajuk karangan yang menarik. Dia sangat menghiburkan dengan kelakarnya yang menarik itu. Apabila dia merasa penat memeriksa karangan para pelajarnya, dia pun berkata:
“Ambillah karangan- karangan kamu ini wahai para ulama’ dan sebarkan. Wahai kaumku, sampaikanlah sesuatu dengan mempunyai maksud atau tujuan. Bunga-bunga bahasa yang elok ialah yang ringkas (sesuatu karangan itu elok apabila ia pendek, padat dan berisi)”.

Hakikat Dakwah Kita
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد
Allah SWT telah berfirman:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Ikhwah akhawat, bersabar dan bergembiralah…
الحمد لله رب العالمين ، القائل فى كتابه الكريم (إِنَّهُ مَن يَتَّقِوَيِصْبِرْ فَإِنَّ اللّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِين) يوسف 90
Murabbi berwibawa lahirkan sistem tarbiah berkesan
(Bingkisan Pengerusi JK Tarbiah IKRAM, Ustaz Tajuk Arifin Che Zakaria bersempena Program Pembangunan Muwajjih Tarbawi Nasional 2012)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hukum Agih Daging Korban Kepada Bukan Muslim
Isu yang sering ditimbulkan dalam ibadat korban ialah amalan korban dalam masyarakat berbilang atau silang agama. Dalam konteks masyarakat silang agama, yang penting ialah usaha meletakkan Islam di tempat dapat dilihat oleh semua pihak sebagai satu sistem yang mampu memesrakan hubungan dalam kehidupan seharian.

Merenung ke dalam diri di sepanjang jalan dakwah
Menjadi kewajipan para duah (pendakwah) untuk merenung jauh ke dalam diri mereka sendiri dan bermujahadah dengan bersungguh-sungguh melawan kehendaknya. Mereka hendaklah sentiasa tegas dalam bermuhasabah dan jangan sekali-kali meremehkan usaha ini dalam apa keadaan sekalipun. Mereka hendaklah setiasa mengambil ‘azimah’ dalam bermuhasabah sehinggalah Allah s.w.t. meluruskan urusanNya.

Kewajipan Kita Membela Nabi Muhammad SAW
Dunia Islam baru sahaja dikejutkan dengan penyebaran filem yang menyakiti Nabi sallallahu alaihi wasallam (s.a.w.). Ia telah dilakukan oleh seorang Yahudi Amerika yang pernah membakar Al-Quran satu ketika dahulu. Reaksi spontan terhadap penyebaran filem jahat ini sebenarnya memberi satu gambaran positif dan bukti ‘keberkatan’ bahawa Ummah Islamiyah masih wujud, ruhnya masih hidup, masih punya kekuatan, masih punya harapan.

Masjid: Antara Syiar dan Tujuan
Pembinaan masjid begitu signifikan dalam sejarah umat Islam. Malah kita sedia maklum, perkara pertama yang Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam (SAW) pilih untuk pertama sekali disegerakan adalah pembinaan masjid. Kemudiannya kita melihat dalam susur galur sirah nabawiyyah, masjid tersebut telah menjadi lebih daripada tempat solat, tetapi juga tempat bermuzakarah, tempat merancang strategi peperangan, tempat ilmu dan sebagainya.