Murabbi berwibawa lahirkan sistem tarbiah berkesan

Bersyukur kepada Allah Azzawajalla kerana telah memberi kemudahan kepada Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Pusat melaksanakan projek penting ini, bermula dari hari Jumaat 21 Disember 2012 hingga Ahad 23 Disember 2012.

Objektif program ini ialah bagi menyediakan serta melayakkan sekumpulan murabbi memainkan peranan penting menyokong program-program tarbiah untuk saf dan pembangunan murabbi melalui mentori dan latihan tarbawi mengenai konsep-konsep dan kemahiran-kemahiran tarbiah yang asas.

Melalui program ini insya-Allah kita boleh menyediakan untuk negara sekumpulan jurulatih tarbiah di peringkat negeri untuk  membantu tugas tarbawi dalam IKRAM, maka kita akan mengukuhkan peranan negeri dalam melaksanakan program-program serta menyediakan peluang  pertukaran dan percambahan pengalaman antara mereka.

Muwajjih Nasional 2012 Muwajjih Nasional 2012
Muwajjih Nasional 2012 Muwajjih Nasional 2012

Kehadiran seramai 80 orang peserta (ikhwah dan akhawat) dari seluruh negara melebihi jangkaan awal sekitar 70 orang. Mereka adalah calon-calon yang telah melalui proses sari ngan yang ketat berdasarkan syarat-syarat yang telah ditentukan oleh JKT.

Muwajjih Nasional 2012Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr Mohd Parid bin Shaikh Ahmad. Dalam ucapan beliau, saudara Presiden menyatakan bahawa program ini memang menjadi hasratnya sejak sekian lama bagi melahirkan golongan pelopor yang mampu menghidupkan usaha-usaha tarbiah.

Tajuk-tajuk yang dibentangkan amat mustahak dikuasai oleh para peserta sebagai bekalan sepanjang proses pentarbiahan di jalan dakwah yang berkat ini. Masya-Allah semua peserta bersemangat dan menyedari tugasan yang besar dan berat ini.

Ucapan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini terutamanya Sheikh Mohamed Hamid (gambar kanan) sebagai pencetus awal mengemukakan draf cadangannya dan juga JKT Pusat dan Negeri.

Semoga permulaan yang baik ini mendapat taufik dan bantuan yang berterusan daripada Allah SWT.

Wassalam.

Muwajjih Nasional 2012 UsTACZ

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia