
TOPS: Latih pakar isu Palestin
KOTA BHARU – Aqsa Syarif Kelantan telah menganjurkan Training of Palestine Specialist (TOPS) di Dewan Besar Kolej Jaiputra di sini, pada Sabtu 14 Mei yang lalu. Seramai 66 orang peserta menyertai latihan ini.
Terokai dan hayati pelbagai pandangan, perasaan dan ilmu pengetahuan
Dialog adalah jambatan penghubung bagi individu yang mempunyai perbezaan, lebih daripada menjadi jambatan bagi individu yang mempunyai persamaan.

KOTA BHARU – Aqsa Syarif Kelantan telah menganjurkan Training of Palestine Specialist (TOPS) di Dewan Besar Kolej Jaiputra di sini, pada Sabtu 14 Mei yang lalu. Seramai 66 orang peserta menyertai latihan ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 200 orang ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor telah menyertai Daurah Ta’hil anjuran Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Johor. Program yang pertama kali dianjurkan itu telah diadakan di Kompleks IKRAM Johor bertempat di Taman Universiti.
Pengerusi Jawantankuasa Tarbiah IKRAM Johor, Ustaz Hj Muhamad Hairozi Mohamad, berkata Daurah Ta’hil ini bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal murabbi dan murabbi sedia ada, meningkatkan kemahiran serta ilmu dalam mengendalikan halaqah.
“Ini adalah usaha penting sebagai persediaan kepada para ahli melengkapkan diri dalam proses melaksanakan wasail tarbiah yang telah ditetapkan. Saya sangat gembira dengan kehadiran yang ramai di mana 80% adalah dari kalangan pemuda. Saya berharap usaha ini akan menyuburkan usaha dakwah di negeri Johor,” katanya.
Daurah Ta’hil ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Pusat dengan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abd Muhaimin Mohd Sahar Al-Hafiz dan dibantu oleh Al-Fadhil Ustaz Asim Alias.
Program yang bermula pada 8.00 malam pada hari Jumaat tamat pada jam 6.15 petang Sabtu. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Prof Dr Hj Arshad Ahmad.
SUBANG JAYA – Satu program khidmat kemasyarakatan sekitar Subang Jaya telah dilaksanakan oleh Muslim Student Association (MSA) dan Pemuda IKRAM Subang Jaya iaitu dengan mengadakan sesi tuisyen bersama pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM yang tinggal di sekitar Universiti Taylors, kampus Lakeside.

HULU LANGAT – Naib Presiden IKRAM, Ust Wan Subki Wan Salleh mewakili IKRAM Pusat dan Sdr Mohd Kamal Mohd Rathi mewakili IKRAM Selangor hari ini telah mengadakan lawatan ke rumah Anak Yatim dan Madrasah At-Taqwa yang ditimpa musibah akibat tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa penghuni rumah yatim tersebut.

SERDANG – Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah kepada Ikhwan Muslimin Mesir atas perasmian Ibu Pejabat mereka pada Sabtu malam, 21 Mei yang lalu, yang telah disempurnakan oleh Mursyid Amnya, Prof Dr Muhammad Badi’.

BANGI – Sidang Dewan Perwakilan Nasional (DPN) Kelima IKRAM sedang berlangsung hari ini dan esok, 21-22 Mei, yang akan membincangkan antara lain laporan pencapaian Rancangan IKRAM 2010-2011.
Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia