Gejala Zina dan Pendidikan Seksualiti
Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
7 Oktober 2010 / 28 Syawal 1431H
GEJALA ZINA DAN PENDIDIKAN SEKSUALITI
1.0 Pertubuhan Wanita IKRAM Malaysia memandang serius ke atas pergaulan bebas dan gejala zina yang begitu membarah di kalangan masyarakat kebelakangan ini mengakibatkan meningkatnya kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Perbincangan yang di paparkan di dada-dada akhbar pula tidak menampakan langkah penyelesaian yang menjurus kepada penyelesaian masalah ini ke peringkat akar umbi.