Dr Fauziah Hasan wakili negara sertai ‘Women’s Boat to Gaza’

Tokoh Wanita Palestin Antarabangsa 2014 ini akan belayar dari Barcelona, Sepanyol pada 14 September dan misi dijangka tiba di Gaza pada 1 Oktober 2016 menggunakan kapal ‘Amal Hope’ bersama-sama 20 aktivis kemanusiaan dari beberapa negara. 

Menurut Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dalam sidang media semalam, antara aktivis lain yang terpilih ialah pemenang Anugerah Nobel 1976, Mairead Maguire dari Ireland dan juga Ahli Parlimen Green Party dari New Zealand, Marama Davidson.

Turut menyertai misi pengarah dan penulis skrip Amerika Syarikat, Naomi Wallace, atlet dan ahli akademik, Gerd Von Der Lippe dari Norway dan atlet Turki, Cigdem Topuoglo.

Tambah Dr Hafidzi, pemilihan Dr Fauziah secara tidak langsung mewakili rantau Asia Tenggara khususnya dan negara Islam amnya dalam usaha untuk menghentikan kezaliman Israel ke atas Gaza dan sebagai tanda solidariti kepada wanita-wanita Palestin yang turut sama berjuang menentang kezaliman tersebut.

Bagi Dr Fauziah yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, pemilihan beliau dalam misi itu adalah bagi membawa harapan semua masyarakat tidak kira agama dan bangsa dalam usaha membebaskan Palestin daripada penindasan.

Dengan persiapan untuk menjalani pelayaran tersebut kini berjalan lancar beliau berharap misi itu dapat dijayakan dalam rangka untuk menghentikan kepungan rejim Israel terhadap masyarakat Palestin.

Foto: Rose2Rose | Web: WBG Freedom Flotilla

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia