Econsave sumbang RM1.1 juta bangunkan semula sekolah anak yatim Gaza


JOHOR BAHRU – Pasar raya Econsave Cash & Carry menyerahkan sumbangan berjumlah RM1.1 juta kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) untuk membangunkan semula dua buah sekolah anak yatim Gaza yang rosak teruk akibat serangan pada 2014 melalui projek khas ‘Rebuild School for Gaza’ (RS4G).