
Teroka gua, War Games, aktiviti lasak dalam Endurance Camp
BATANG KALI – Tatkala ramai belia berhimpun di Putrajaya sempena sambutan Hari Belia Negara, 28 belia Selangor memilih untuk menyertai Endurance Camp anjuran Belia IKRAM Selangor dengan kerjasama Belia IKRAM Shah Alam pada 26-27 Mei yang lalu di Kem Rimba Tamu di Hulu Tamu.










