Ikram Kemaman anjur Karnival Kesihatan Pekan Kerteh

Karnival yang bertemakan “Sihat Tubuh, Sihat Minda, Sihat Rohani, Cemerlang Peribadi” ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Ghafar Mohamed, Penghulu Mukim Kemaman. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan mata, kaunseling kesihatan, pameran serta forum kesihatan dan kekeluargaan.


Forum kesihatan dan kekeluargaan menampilkan ahli panel yang terdiri daripada Timbalan YDP Ikram Terengganu Hj Zameran Jusoh, Pengerusi Raudhatus Sakinah Hjh Yusnani Abd Hamid dan Pakar Psikiatri Dr Khairi Che Mat. Pelbagai tips keluarga bahagia dan kerukunan rumahtangga dikongsikan di samping kaedah umum penjagaan kesihatan keluarga.  Forum tersebut turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid SMI Islam Al-Amin Kerteh.

Turut mewarnai karnival ialah pameran pengenalan pertubuhan yang terdiri daripada Ikram, Aqsa Syarif, IKRAMHealth, Klinik Kesihatan Kerteh, Fight Cancer Group, Majlis Kanser Nasional (MAKNA) serta gerai makanan dan jualan pakaian.

Cabutan bertuah juga diadakan untuk menarik masyarakat kampung di sekitar Pekan Kerteh. Dianggarkan lebih 500 pengunjung mengunjungi karnival tersebut. Semoga Ikram terus berada di mata masyarakat dan menyinar cahaya dan fajar baru menyantuni masyarakat dalam memberikan khidmat dan menyebarkan kebajikan.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia