Malam Medan Puisi Palestin dan Syria

Majlis bermula pada jam 9.00 malam, dipenuhi dengan tayangan video dan deklamasi puisi oleh pemuisi-pemuisi terkenal Kelantan serta rakyat Syria. Pementasan tajaan Aqsa Syarif Kelantan itu telah dirasmikan oleh Dekan Pusat Perubatan Sains USM, Prof Dr Ahmad Zakaria. Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa sejarah Timur Tengah  adalah topik yg amat dekat dengan hatinya.


Beliau menyarankan mahasiswa yang hadir untuk mengambil pelajaran daripada peristiwa Palestin dan Syria, percaturan kuasa besar dan sebagainya, selain menghayati puisi mereka. Beliau turut menandatangani kain rentang yang mengandungi tandatangan sokongan warga USM terhadap rakyat Palestin dan Syria.

Beberapa pemuisi berbakat dari Aqsa Syarif seperti Dr Hafidzah Mustakim, Khairudin Mustafa dan pelajar SMI Aman turut mendeklamasi sajak-sajak mereka. Kira-kira 500 penonton hadir yang terdiri dari kakitangan dan pelajar USM, termasuk rakyat Palestin dan Syria.

Turut hadir Timbalan YDP IKRAM Kelantan, Hj Che Rahimi Samat, ahli IKRAM serta penonton bukan Islam. Sebanyak RM1,300 berjaya dikutip pada malam itu dan sumbangan derma tersebut telah diserahkan kepada wakil Aqsa Syarif Kelantan, Ustaz Mohd Nuri Mustafa sebaik saja tamat pementasan oleh pelajar-pelajar USM berserta dengan kain rentang sokongan warga USM yang akan dibawa ke Gaza pada Jun nanti.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia