KAMI 2016: Dua peserta terbaik sesi fotografi

SERI KEMBANGAN – Siti Nur Adibah Zulkafli dan Muhammad Raimi Mohd Radzi telah diumumkan sebagai dua peserta terbaik bagi sesi fotografi dalam Kursus Asas Media IKRAM (KAMI 2016) pada Sabtu, 19 Mac yang lalu.
SRI Al Amin Gombak raih tiga pingat emas kejohanan robotik Asia

SINGAPURA – Sekolah IKRAM MUSLEH, Sekolah Rendah Islam Al Amin Gombak (SRIAAG) mencipta nama dengan meraih tiga pingat emas dalam kejohanan Asian Youth Robotic Olympiad (AYRO) Singapore 2016 baru-baru ini.
Khadijah al-Khuwailid model utama Mukhayyam Akhawat

KUBANG KERIAN – Menjadikan Khadijah binti al-Khuwailid radhiyallahu anha sebagai model utama, Mukhayyam Akhawat 2016 telah berlangsung pada 11-12 Mac lalu di Min House Camp di sini.
Edar bunga ros, kek gembirakan wanita

KUALA LUMPUR – Bagi menghargai dan menggembirakan wanita, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Hidayah Centre Foundation (HCF) telah mengedarkan bunga ros sementara IKRAM Siswa Universiti Malaya (UM) telah mengedarkan kek cawan (cupcakes) untuk mereka.
Strategi cemerlang SPM bersama XCELL

KUALA LUMPUR – Menjadi strategi kecemerlangan akademik sebelum menghadapi peperiksaan SPM, para peserta dalam program XCELL 2016 diharapkan dapat membuka minda tentang peluang kerjaya dan kepentingan bersama masyarakat serta menyelongkar kehebatan ilmuan Islam.
Sertai Walk4Humanity, bantu kanak-kanak OKU Palestin, Syria

SERI KEMBANGAN – Walk4Humanity kali ketiga bakal diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Ahad, 10 April 2016 dengan harapan untuk membiayai tangan dan kaki palsu serta kerusi roda untuk kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) akibat konflik dan peperangan di Syria dan Palestin.