KAMI 2016: Dua peserta terbaik sesi fotografi

Cenderahati kepada staf ibu pejabat IKRAM dan aktivis mahasiswa IKRAM Subang Jaya ini telah disampaikan oleh Pengarah TV & Radio IKRAM, Hj Anuar Othman mewakili Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Media IKRAM (IKRAMedia), Prof Dr Hj Arshad Ahmad.

  

Penyampaian cenderahati kepada Adibah dan Raimi

Kemenangan tersebut dinilai berdasarkan gambar yang dihasilkan memenuhi beberapa elemen fotografi seperti rule of third, garisan dan refleksi selain bijak dalam menggunakan elemen sedia ada di sekeliling dalam membantu memberi impak kepada gambar selain mempunyai nilai artistik.

  

Foto yang dihasilkan oleh dua peserta terbaik; foto kiri (Adibah) dan foto kanan (Raimi)

Memulakan tirai tahun ini, KAMI 2016 telah berlangsung di Dewan Utama Ibu Pejabat IKRAM anjuran IKRAMedia bagi menyediakan kefahaman asas dalam aspek pemberitaan, fotografi dan video dalam kalangan ahli dan aktivis media IKRAM.

Kira-kira 28 peserta dari seluruh negara menyertai kursus ini yang dimulai dengan sesi ‘Asas Penulisan Berita’ oleh Pengurus Jabatan IKRAMedia, A Ralim M Yassen pada sebelah paginya yang berkongsi asas dan teknik penulisan berita yang baik serta contoh kesalahan lazim bahasa dalam pemberitaan diikuti dengan latihan praktikal.

  

Perkongsian oleh A Ralim dan Amir Farid

Pada petangnya, kursus diteruskan dengan perkongsian ‘Asas Fotografi’ oleh Amir Farid Sabuddin, seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia yang juga merupakan AJK IKRAMedia Pusat.

Peserta mempelajari beberapa teori dan elemen penting yang perlu digunakan agar dapat menghasilkan gambar yang memberi kesan dan nilai lagi berkualiti diikuti dengan latihan fotografi di lapangan dengan penilaian dua foto terbaik dalam kalangan peserta.

  

Perkongsian oleh Hj Abdul Halim dan para peserta kursus yang hadir

Slot akhir KAMI bertajuk ‘Asas Video’ disampaikan oleh Hj Abdul Halim Shuja Tiga yang berkongsi tentang peralatan video, teknik asas rakaman video yang berkesan dan kesalahan-kesalahan umum semasa rakaman.

Semoga dengan input kefahaman asas ini, ia dapat menggerakkan peranan media dalam menyebar luaskan lagi bahan dakwah yang bermutu dan memberi kesan positif kepada masyarakat, insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia