Khadijah al-Khuwailid model utama Mukhayyam Akhawat

Seramai 31 orang peserta bersama 12 orang ahli jawatankuasa telah mengikuti mukhayyam ini yang dirasmikan oleh Ketua Wanita IKRAM Kelantan, Dr Norhani Abd Rani dengan tema ‘Berukhuwah Di Laman Seerah’. 

Objektif mukhayyam ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai tokoh-tokoh wanita tertentu dalam sirah dan memahami peranan yang disumbangkan oleh mereka dalam aktiviti dakwah.

“Mukhayyam Akhawat kali ini mengangkat tokoh-tokoh wanita pada zaman Rasulullah salallahu alaihi wasallam yang telah menyumbang peranan besar dan penting dalam aktiviti dakwah,” jelas Setiausaha Mukhayyam.

“Ayat 21 hingga 28 surah al-Qasas menjadi rujukan utama di mana ayat ke-26 merupakan ayat hafazan untuk setiap peserta,” tambah beliau.

    

Antara aktiviti peserta yang lainnya dalam mukhayyam ini adalah memasak dan menyediakan makan tengahari dan makan malam secara berkumpulan serta pada malamnya pula, peserta mempersembahkan aktiviti puisidra dalam Malam Penghayatan Seerah.

Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah, Wanita IKRAM Kelantan dan Kota Bharu, Dr Zaharah Sulaiman dan Ukhti Fatih hadir memberi perkongsian dalam mukhayyam berkenaan. Mukhayyam tersebut turut diserikan dengan aktiviti Explorace Seerah.

Turut bersama dalam Mukhayyam Akhawat 2016 ini ialah Timbalan Ketua Wanita IKRAM, Dr Hafidzah Mustakim yang menjadi ketua juri pada Malam Penghayatan Seerah dan persembahan istimewa.

Semoga mukhayyam ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama peserta, melonjakkan semangat untuk menjadi wanita yang luar biasa dan menyumbang dalam aktivisme dakwah mengikut kesesuaian peranan masing-masing, insya-Allah.

Sumber: Wanita IKRAM Negeri Kelantan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia