Strategi cemerlang SPM bersama XCELL

XCELL 2016 yang berlangsung pada 14-16 Mac lalu telah diadakan di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya di sini anjuran IKRAMTeens Pusat dan IKRAMTeens Wilayah Persekutuan dihadiri kira-kira 76 orang pelajar Tingkatan Lima dari seluruh Malaysia. 

Hari pertama XCELL 2016 dimulakan dengan sesi B.E.S.T Belajar oleh CIkgu Syed Faizal di mana beliau mendedahkan teknik-teknik dan sistem belajar dengan lebih baik dan berkesan antaranya teknik hafalan kreatif yang boleh membuatkan mereka menghafal fakta dengan keseronokan. Kefahaman dan kreativiti para peserta juga diuji melalui sesi Riadah dan Kapal Karam.

    

Pada hari kedua, para peserta dibawa melawat Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) untuk didedahkan dengan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan perubatan.

Peserta turut melawat Hospital Pakar An-Nuur bagi menyedarkan mereka tentang kepentingan bersama masyarakat melalui khidmat kesihatan. Aktiviti bedah filem turut diadakan pada malamnya diikuti dengan perbincangan nilai-nilai murni.

Pada hari akhir program, para peserta dihidangkan dengan tayangan video yang berkaitan tentang sejarah Islam di dunia dan mereka juga telah dikongsikan tentang keindahan Islam serta cabaran dan tip kehidupan selepas alam persekolahan.

XCELL 2016 melabuhkan tirainya dengan ucapan penutupan Pengarah IKRAMTeens Pusat, Rafiq Khairudin serta Yang Dipertua IKRAM Lembah Pantai, Hj Md Yusuf Md Din. Semoga para peserta XCELL 2016 memperoleh pengalaman yang bermakna dan berguna buat diri mereka dalam peperiksaan SPM nanti serta pada masa hadapan, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia