Edar bunga ros, kek gembirakan wanita

Edaran tersebut diadakan di sekitar premis perniagaan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan, Pusat Bandar Melawati, LRT Universiti dan Kerinchi sempena Hari Wanita Antarabangsa 2016 yang disambut setiap 8 Mac setiap tahun. 

Bunga ros dan risalah tentang Wanita IKRAM telah diedarkan pada 11 Mac lalu oleh kakitangan ibu pejabat IKRAM dan MyCARE. Di samping memberi bunga ros untuk wanita belum Islam, turut diedarkan oleh kakitangan HCF ialah risalah mengenai hak-hak wanita dalam Islam dalam bahasa Inggeris.

    

Edaran bunga ros dan cupcakes

Cupcakes For Ladies” diedarkan oleh aktivis IKRAM Siswa UM pada 15 Mac lalu yang bertujuan untuk meraikan kepenatan golongan wanita yang belajar, bekerja dan menguruskan rumahtangga.

Biarpun sebagai usaha kecil untuk menghiburkan hati dan menghilangkan kepenatan mereka buat seketika, rata-rata daripada mereka amat terharu dan gembira menerima pemberian tersebut.

“Bahkan ada yang terus memeluk ahli kami dek kerana gembira dengan pemberian kecil ini,” ujar seorang aktivis IKRAM Siswa UM.
Namun, beliau yakin bahawa seseorang jika mendapat hadiah percuma walau sebiji gula-gula, ia sudah mampu ‘membunga-bungakan’ hati si penerima.

Oleh itu, pesannya, hargailah wanita di sekeliling ini jika inginkan dunia yang lebih baik kerana di sebalik kehebatan seorang lelaki itu ada wanita yang memainkan peranan yang penting di belakangnya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia