Sertai Walk4Humanity, bantu kanak-kanak OKU Palestin, Syria

Dengan pembiayaan melalui MyCARE Gaza dan Syrian Women Association di Turki, aktiviti karnival dan berjalan untuk kemanusiaan anjuran Rose2Rose dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ini turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. 

Rose2Rose telah berjaya menganjurkan dua kali Walk4Humanity sebelum ini, yang telah dihadiri hampir 3,000 peserta dengan kutipan sumbangan lebih RM212,000 daripada yuran penyertaan dan sumbangan daripada syarikat-syarikat dan individu.

Wang sumbangan ini telah digunakan untuk membina dan menampung kos operasi enam Pusat Komuniti Wanita Rose2Rose serta projek-projek pemerkasaan wanita dan pendidikan kanak-kanak yang lain.

Selain membantu kanak-kanak mangsa perang, sumbangan melalui Walk4Humanity ini juga akan menambahkan lagi pembiayaan dan pembinaan pusat komuniti wanita dan kanak-kanak tersebut di Palestin, Syria, Rohingya, Malaysia dan negara-negara lain di seluruh dunia.

Selain menggalakkan gaya hidup yang sihat, program ini juga bertujuan untuk melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam isu-isu kemanusiaan, serta menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini mengenai isu-isu kemanusiaan.

Pelbagai aktiviti bakal diadakan untuk mendidik masyarakat dan generasi muda tentang nilai-nilai kemanusiaan antaranya program bersama Pakma Art Studio untuk pertandingan melukis, menulis dan bercerita dengan tema “Be Healthy Do Charity”.

Aktiviti lain termasuklah demonstrasi “Trash2Cash”, demonstrasi mempertahankan diri, ‘Borak-borak bersama Ustaz’, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan banyak lagi. Terdapat juga aktiviti khusus untuk keluarga seperti pertandingan membuat layang-layang, memanah, trak makanan dan jualan amal.

Mereka yang berminat untuk menyertai Walk4Humanity untuk membantu kanak-kanak mangsa perang dan membina pusat komuniti wanita, bolehlah mendaftar atau menderma di bit.ly/w4h2016 sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2016.

Dengan empat kategori iaitu Fun 5km (Lelaki), Fun 5km (Perempuan), Run 10km (Lelaki) dan Run 10km (Perempuan), yuran penyertaan untuk pelajar diberi diskaun istimewa iaitu RM40. Setiap peserta akan menerima dry-fit tshirt, race bib, finisher medal, sijil penyertaan dan goodie bag.

Di samping diadakan cabutan bertuah, pemenang Walk4Humanity bagi tempat pertama, kedua dan ketiga setiap kategori bakal menerima hadiah wang tunai.

Ayuh! Be Healthy Do Charity!

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia