SRI Al Amin Gombak raih tiga pingat emas kejohanan robotik Asia

Pingat emas kategori Creative Robot yang dimenangi pasukan SRIAAG disertai oleh adik Ainun Sofea, Maisarah, Tengku Mae Tijani, Fatimah Athiyah dan Rufaydah Maszlee, kategori Theatre Performance disertai oleh adik Naquib Naufal, Multazam, Ainun Sofea dan Fatimah Athiyah dan kategori Maze Solving juga disertai adik Rufaydah dan Tengku Mae. 

    

Pemenang Creative Robot, Theatre Performance dan Maze Solving

Berjaya mendapat tempat dalam semua kategori, SRIAAG turut merangkul empat pingat perak dalam pertandingan Brick Speed, Aerial Robot, Maze Solving dan Soccer 2 Soccer serta satu gangsa dalam Aerial Robot selain memenangi anugerah khas dalam Animation Robotic.

Sebuah lagi sekolah IKRAM MUSLEH, Sekolah Rendah Islam Al Amin Kuala Lumpur (SRIAAKL) pula meraih dua pingat perak dan satu pingat gangsa serta memenangi anugerah khas, Grand Prize Winner dan Appreciation Award bagi kategori Junior School Teacher.

  

Pemenang pasukan SRIAAKL dan SMIAAG

Bagi pelajar menengah pula, peserta Sekolah Menengah Islam Al Amin Gombak (SMIAAG) juga tidak ketinggalan menyertai AYRO 2016 dengan memenangi dua pingat gangsa dalam pertandingan Aerial Robot kategori individu dan berkumpulan.

Kejohanan AYRO 2016 yang berlangsung pada 13-15 Mac yang lalu mengumpulkan 23 buah sekolah mewakil tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia melibatkankan 163 peserta.

Tahniah kepada semua para guru robotik dan para peserta sekolah IKRAM MUSLEH yang telah berusaha dengan gigih mendidik pelajar bagi mewakili negara dan mencapai kejayaan dalam kejohanan tersebut.

Semoga sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH terus memacu kejayaan dalam pelbagai kejohanan di peringkat sekolah, universiti, negara dan antarabangsa, insya-Allah.

Sumber: Sinar Harian | SRIAAG | SRIAAKL | SMIAAG

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia