Perutusan Eidul Fitri Presiden IKRAM Malaysia

PERUTUSAN EIDUL FITRI PRESIDEN IKRAM MALAYSIA
SYAWAL 1433H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil hamd!.
Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t, Pemilik Alam Semesta. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabah, tabi’in serta ummah yang meneruskan perjuangan yang Haq dengan ehsan hingga ke hari kiamat.
PERSISTEN 2012: Perkhemahan tarbawi pelajar Malaysia di luar negara

HULU LANGAT – Pada 29 Julai – 1 Ogos 2012 bersamaan 10-13 Ramadan 1433H yang lalu, buat julung-julung kalinya Perkhemahan Tarbawi Siswazah Internasional (PERSISTEN 2012) telah dianjurkan untuk para pelajar yang menuntut di luar negara bersempena dengan percutian musim panas mereka.
Konvoi Ramadhan di Gaza ditangguhkan, bantuan tetap dilaksanakan
PEMAKLUMAN RASMI PENANGGUHAN MISI A2G8 & A2G9 Assalamualaikum wrt bth. Setelah mengucapkan syukur ke hadirat Ilahi dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga, sahabat dan sesiapa jua yang menuruti jalan baginda sehingga akhir waktu, marilah kita memperbaharui azam dan janji untuk terus berada di atas jalan dakwah dan jihad yang penuh baroqah […]
GSS: Pejuang Syria bukan Tentera Pemberontak

KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA (GSS)
Pejuang Syria bukan Tentera Pemberontak
10 OGOS 2012 / 21 RAMADHAN 1433H
Pendirian Perdana Menteri Syria, Riad Farid Hijab yang telah membebaskan dirinya daripada barisan kabinet Rejim Bashar al-Assad kini menyokong perjuangan pembebasan Rakyat Syria dalam revolusi yang suci.
Rayuan Ramadhan: Agihan bantuan untuk Rohingya, Kemboja dan khidmat masyarakat

KUALA LUMPUR – Satu sidang media berkaitan agihan kutipan Rayuan Ramadhan IKRAM 1433H telah berlangsung pada Rabu 8 Ogos lalu di Pejabat Operasi Rayuan Ramadhan IKRAM di Taman Melawati untuk pengumuman agihan bantuan kepada wakil Rohingya, Kemboja dan Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM.
2,000 hadiri IRIS 2012 untuk ukhuwah, keimanan dan dakwah

SHAH ALAM – IKRAM Selangor telah mengadakan Ijtima’ Ramadhan IKRAM Selangor (IRIS) 2012 kali ke-2 pada 5-6 Ogos yang lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSASS) yang dihadiri kira-kira 2,000 peserta yang terdiri daripada ahli IKRAM Selangor, mahasiswa dan masyarakat setempat.