PERSISTEN 2012: Perkhemahan tarbawi pelajar Malaysia di luar negara

Program anjuran Unit  Sekretariat Luar Negara IKRAM ini telah berjaya mengumpulkan seramai 390 pelajar Malaysia dari 14 buah Negara di mana 150 orang adalah peserta lelaki dan 240 orang peserta perempuan.

Pelajar lelaki ditempatkan di Kem Nur Lembah Pangsun manakala Kem Lembah Azwen untuk peserta perempuan. Perkhemahan ini menghimpunkan para pelajar dari pelbagai latar belakang pengajian termasuklah perubatan, kejuruteraan, sains sosial dan perguruan dan mereka adalah para pelajar yang komited dan mendokong kerja-kerja dan usaha dakwah dan tarbiah di negara masing-masing.

Majlis Perasmian di  Kem Nur Lembah Pangsun  telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad manakala Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM menyempurnakan perasmian di Kem Lembah Azwen. Bertemakan ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan’, PERSISTEN 2012 memfokuskan kepada pembinaan dan pemantapan ukhuwwah antara penggerak-penggerak dakwah dari pelbagai negara.


Pelbagai pengisian dan acara yang menarik dan mencabar minda serta fizikal telah disediakan untuk para peserta PERSISTEN 2012. Memandangkan program ini dianjurkan di tengah-tengah bulan Ramadan, kemeriahan dan kesungguhan dalam menghidupkan ruh Ramadan juga lebih terasa apabila ikhwah dan akhawat dihidangkan dengan pelbagai aktiviti lasak dan menyeronokkan.

Antara pengisian yang cukup mengujakan adalah ‘Kaitan Antara 34 Wajibat al-Akh dengan 10 Muwasofat Tarbiah’ yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hamid kepada para peserta lelaki.

Di Lembah Azwen, peserta perempuan pula disajikan dengan  tajuk antara lainnya, ‘Medan Pembinaan Muwasofat Tarbiah’ oleh Ustazah Maznah Daud dan ‘Menjadi Da’iyah yang Peka dan Sensitif’ yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.


Selain itu, perkongsian amal antara negara telah turut diadakan bagi memberi para peserta peluang untuk berkongsikan kelebihan dan pengalaman gerak kerja dakwah dan tarbiah di lokaliti masing-masing. Slot yang terbukti cukup bermanfaat ini juga telah berjaya mengeratkan lagi ukhuwah rentas negara kerana para peserta dapat lebih memahami situasi dan keadaan terkini di negara lain, yang mungkin berbeza dengan persekitaran dakwah di negara sendiri.

Sesuai dengan format ala mukhayyam, PERSISTEN 2012 tidak sempurna tanpa aktiviti-aktiviti lasak yang mencabar minda dan fizikal para peserta. Para peserta lelaki telah dipersiapkan dengan mode perang dan telah ‘dikerahkan’ untuk berperang menggunakan belon air di tengah-tengah kegelapan malam.

Sebelum itu, peserta terlebih dahulu telah mendapat kata-kata perangsang daripada Shahrul Aman Shaari yang cukup bersemangat dan bertenaga, lantas berjaya menaikkan semangat para peserta untuk ‘bertempur’ di medan nanti. Peserta perempuan pula telah meredah hutan dalam kegelapan malam dengan aktiviti ‘Jungle Trekking’ yang telah disediakan untuk mereka.


Perasmian penutup PERSISTEN 2012 telah disempurnakan oleh Ustaz Fadzil Saleh selaku Penasihat Program dengan penuh kata-kata semangat sebagai menyimpul segala yang dilalui oleh peserta sepanjang perkhemahan ini.

Rata-rata peserta menyatakan rasa kegembiraan dan bersyukur mereka kerana telah diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada PERSISTEN 2012 dan mereka amat berharap program yang serupa dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Program ini diilihat berjaya merapatkan jurang antara negara, di samping memantapkan kefahaman fikrah dakwah di kalangan para peserta.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia