GSS: Pejuang Syria bukan Tentera Pemberontak

Ini disebut oleh Riad Hijab dalam kenyataan rasminya pada 6 Ogos yang lalu. Ia  sekaligus membuktikan kebangkitan Rakyat Syria kini terus mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat.

 

Justeru itu, tidak wajar para pejuang dan tentera yang bersatu di bawah payung Free Syrian Army (FSA) dilabel sebagai “pemberontak” kerana mereka merupakan gabungan tentera kerajaan yang berpihak kepada revolusi dan masyarakat awam yang memperjuangkan aspirasi Rakyat Syria.

Gabungan Selamatkan Syria (GSS) menyeru media arus perdana di Malaysia agar prihatin dalam penggunaan istilah “pemberontak” yang memberikan konotasi negatif terhadap pejuangan murni Rakyat Syria yang dipimpin oleh FSA.

Istilah yang sewajarnya digunakan adalah “TENTERA PEMBEBASAN” dan bukannya “TENTERA PEMBERONTAK”.

Kita selaku Negara umat Islam tidak seharusnya terikut-ikut dengan corak pemberitaan Barat kerana kita mempunyai piawai dan penilaian sendiri terhadap isu antarabangsa. Apatah lagi yang ada hubungan dengan umat Islam sendiri seperti di Syria.

Tindakan TV Al-Hijrah menggunakan istilah “Pejuang Syria” pada 2 Ogos 2012 yang lalu wajar dipuji. Ini menunjukkan keprihatinan dan perspektif yang betul dalam menggambarkan situasi yang berlaku di Syria.

Perjuangan Rakyat Syria juga mendapat sokongan masyarakat dunia serta Majlis Ulama Sedunia yang telah mengisytiharkan Resolusi Muktamar Ulama Sedunia (Istanbul, 1-3 Julai 2012):

“Muktamar menegaskan bahawa revolusi rakyat Syria dari segenap sudutnya adalah revolusi yang haq/benar menentang kezaliman, revolusi yang adil menentang kejahatan dan permusuhan, revolusi untuk kebebasan melawan pelampau, diktator, kerosakan, pembunuhan dan pencerobohan, serta revolusi tuntutan yang bebas, adil dan terhormat yang berkait dengan asas ummah dan identitinya dan memelihara kesatuan bumi Syria serta rakyatnya dan mengekalkan kemerdekaannya yang total”.

Semoga aspirasi rakyat Syria yang menuntut kebebasan dihormati dan perjuangan mereka tidak dicemari dengan tuduhan dan label yang tidak tepat.

Naim Jusri
Pengerusi
Sekretariat Gabungan Selamatkan Syria (GSS)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia