Rayuan Ramadhan: Agihan bantuan untuk Rohingya, Kemboja dan khidmat masyarakat

Sidang media ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan Rayuan Ramadhan iaitu Pengarah Program, Hj Tuan Yaacob Tuan Sof, Hj Nahar Md Nor Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM, En Abdul Hafiz Hashim (Timbalan Pengarah Program),  Wan Muhammad Zukri Che Mohd Zin dan juga AJK Program yang lain.

Turut hadir ialah wakil penerima dari Kemboja iaitu  Ustaz Ismail Ibrahim,  AJK Majlis Tertinggi Pimpinan Umat Islam Kemboja dan Ustaz Asnawi bin Isa, guru Madrasah An-Nikmah Phnom Penh. Wakil umat Islam Rohingya yang hadir ialah Ustaz Jaber Mohd Subahan, Pengerusi Majlis Ulama Rohingya (MUR) Malaysia beserta dua pengiring.

Gambar dari kiri: Wakil Kemboja, wakil Rohingya dan sumbangan pelajar SRIAAWP kepada Rayuan Ramadhan.

Melalui sidang media ini dimaklumkan bahawa sebanyak RM300,000 sedang dan bakal diagihkan. Daripada RM300,000 tersebut, hampir RM150,000 telah diagihkan di dalam negara melalui JK Khidmat Masyarakat IKRAM di bawah pimpinan Tn Hj Nahar.

Dalam sidang media ini, pihak Rayuan Ramadhan juga memaklumkan program besar yang bakal berlangsung pada 11 Ogos ini iaitu Majlis Sumbangan Hari Raya dan Jamuan Berbuka Puasa yang mana ia melibatkan penduduk PPR Intan Baiduri di Batu Caves, Selangor.

Majlis ini adalah program di peringkat nasional yang dilaksanakan melalui JK Khidmat Masyarakat IKRAM dengan kerjasama  IKRAM Batu dan PPR Intan Baiduri yang mempunyai penduduk sekitar 7,000 orang yang majoriti beragama Islam. Aktiviti yang akan dijalankan dalam program bermula 4.30 petang dengan gotong-royong penyediaan bubur lambuk untuk edaran penduduk setempat diikuti iftar, solat tarawih, tazkirah ramadhan dan sumbangan raya untuk 120 orang anak yatim PPR Intan Baiduri dan 7 lagi PPR berhampiran.

Dalam sidang media ini juga pihak Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan diwakili Pn Nozalila telah menyerahkan mock cheque RM1,700 hasil kutipan tabungan oleh para pelajar sekolah tersebut, satu kutipan yang agak besar jumlahnya daripada anak-anak. Ini merupakan satu kejayaan bagi pihak sekolah untuk mendidik anak-anak menabung dengan tujuan murni untuk membantu rakan-rakan seagama mereka di luar negara yang jauh dari mereka.

Sidang media ini telah dihadiri oleh wartawan dari TV Al-Hijrah, Utusan Malaysia dan Kosmo. Selepas sidang media, TV Al-Hijrah telah menemuramah wakil-wakil dari Kemboja, MUR Malaysia (gambar kanan), Pengerusi JK Khidmat Masyarakat dan juga guru sekolah dari Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan yang turut hadir mengiringi anak-anak yang menyerahkan hasil tabungan ‘Tabung Ramadhan’ mereka.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia