IKRAM bantu mangsa banjir di Sepang, Kuala Langat

DENGKIL – Pada 11 November yang lalu, IKRAM Kajang dengan kerjasama IKRAM Sepang telah menyampaikan 84 pek bantuan banjir yang berupa peralatan ibadat kepada mangsa banjir di dua buah pusat pemindahan banjir itu iaitu di Dewan Orang Ramai Pekan Dengkil dan Dewan SRJK (C) Dengkil.
Demo Gaza: Rakyat Malaysia bantah keganasan Zionis

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 rakyat Malaysia berdemonstrasi pada Jumaat 16 November lalu menunjukkan solidariti mereka membantah keganasan Zionis ke atas Gaza, di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di sini.
Perkhemahan I-OREX 0102 kukuh ukhuwwah, amal jama’ie dan kepimpinan

HULU LANGAT – Perkhemahan IKRAM Outdoor Recreation (I-OREX 0102) telah berjaya dilaksanakan untuk 65 orang peserta yang terdiri daripada ahli IKRAM Daerah Ampang Jaya 01 dan 02 pada 3-4 November 2012 di Kem Lambaiana, Batu 20 di sini bertemakan Mind, Body &Ukhuwwah.
Lebih 400 pemimpin masa depan terima anugerah
KAJANG – Usaha dan penat lelah pelajar cemerlang Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi selama setahun terbalas bersempena Hari Takrim 2012 yang diadakan di dewan sekolah ini pada Ahad, 11 November 2012.
Banjir: IKRAM Kuala Langat bantu bersihkan sekolah KAFA

BANTING – Sekitar 30 ahli IKRAM Kuala Langat diketuai YDP Daerah, Hj Mohamad Kamaludin Taib telah bergotong-royong pada pagi Sabtu 10 November 2012 yang lalu membantu membersihkan Sekolah KAFA Integrasi Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang yang telah dinaiki air akibat banjir.
Keindahan Bersama Mu (KBM) Edisi Belia IKRAM Johor

ULU TIRAM – JawatanKuasa Belia Remaja (JKBR) IKRAM Negeri Johor telah berjaya mengadakan Program Keindahan Bersama Mu (KBM) Edisi Belia di Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor pada 17-18 Zulhijjah 1433 bersamaan 3-4 November 2012.