Lebih 400 pemimpin masa depan terima anugerah

Dengan tema “Pendidikan Berkualiti Menjana Insan Rabbani”, majlis khas penyampaian anugerah tersebut menyaksikan lebih 300 pelajar dari Tahun Satu hingga Tahun Enam menerima hadiah pelbagai kategori. Selain anugerah akademik termasuk pencapaian terbaik peperiksaan Sistem Pentaksiran Pelajar IKRAM-MUSLEH Sekolah Rendah Islam (SPPIM SRI) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), penghargaan juga diberikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dari sudut hafazan, sahsiah, kreativiti dan inovasi serta ko-kurikulum.

Majlis pada tahun ini juga menyaksikan beberapa penambahbaikan seperti penganugerahan kepada lima pelajar terbaik akademik untuk setiap kelas berbanding tiga sebelum ini, juga penambahan beberapa anugerah lain.

Hari Takrim SR Sri Al-Amin Bangi 2012 Hari Takrim SR Sri Al-Amin Bangi 2012

Seramai 11 pelajar dipilih untuk menerima anugerah-anugerah khas yang disediakan:

1.    Muhammad Nur Basyir bin Bazli – Anugerah Tokoh Hassan Al-Banna (Kepimpinan)
2.    Nuha Farhana binti Farid – Anugerah Tokoh Hassan Al-Banna (Kepimpinan)
3.    Ahmad Mu’az bin Kamaruzaman – Anugerah Tokoh Saidina Abu Bakar  (Sahsiah)
4.    Alyaa’ Mamad binti Yaidi – Anugerah Tokoh Saidatina Khadijah (Sahsiah)
5.    Muhammad Amir Razin bin Adli – Anugerah Tokoh Khalid Al-Walid (TKRS)
6.    Fatin Hanani binti Md Azani – Anugerah Tokoh Khalid Al-Walid (TKRS)
7.    Engku Sufyan bin Engku Zakir Hussein – Anugerah Tokoh Al-Muqri (Hafazan)
8.    Khairun Najwa binti Mat Daud – Anugerah Tokoh Al-Muqri (Hafazan)
9.    Muhammad Hasif bin Ikhwan Moeid – Anugerah Tokoh Salahuddin Al-Ayubi (Ko-Kurikulum)

Sementara itu, dua pelajar yang dipilih untuk mengungguli anugerah tertinggi pada tahun ini adalah:

10.    Muhammad Nur Basyir bin Bazli – Anugerah Tokoh Ibnu Khaldun (Akademik)
11.    Alyaa’ bt Mamad Yaidi – Anugerah Tokoh Ibnu Khaldun (Akademik)

Hari Takrim SR Sri Al-Amin Bangi 2012 Hari Takrim SR Sri Al-Amin Bangi 2012 Hari Takrim SR Sri Al-Amin Bangi 2012
Tambah menarik, seramai 114 pelajar Tahun Enam yang baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah ini diraikan dengan penyampaian Anugerah Graduan. Kesemua pelajar berkenaan yang naik ke pentas dengan berpakaian lengkap graduasi menjadikan suasana bagaikan majlis konvokesyen mini Al-Amin.

Tetamu utama terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Modal Insan Majlis Agama Islam Selangor, Prof Madya Dato’ Dr Ab Halim Tamuri yang diberi penghormatan merasmikan majlis. Beliau dalam ucapannya berulang kali menekankan bahawa dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari semua sudut, peranan ibu bapa dan keluarga di rumah sangat penting.

Hari Takrim SR Sri Al-Amin Bangi 2012 Hari Takrim SR Sri Al-Amin Bangi 2012 Hari Takrim SR Sri Al-Amin Bangi 2012
“Guru-guru memainkan peranan mereka di sekolah, tetapi ibu bapa mesti membantu dari rumah terutama dalam mendidik kefahaman fardu ain dan asas-asas Islam kepada anak-anak mereka,” katanya.

Menceritakan pengalamannya, beliau terkejut apabila ada sebuah sekolah yang mempunyai jumlah ibu bapa seramai 1,500 orang, namun pada satu mesyuarat PIBG, hanya 80 orang sahaja yang hadir.

“Justeru, saya harap ibu bapa juga harus bersama-sama berfikir bagaimana hendak menjadikan sekolah anak-anak kita cemerlang, sekali gus mencerahkan masa depan anak-anak itu sendiri,” ujar beliau lagi.

Hari Takrim SR Sri Al-Amin Bangi 2012Para tetamu undangan lain terdiri daripada Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha selaku Yang Dipertua IKRAM Kajang, Hj Sufyan Mohd Nor (YDP IKRAM Hulu Langat) dan Hj Che Mazlan Saad (Pengarah Eksekutif Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd).

Majlis yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari itu turut diserikan dengan persembahan pelajar berupa Kalam Jama’i, nasyid dan pertunjukan silat selain paluan kompang dan perarakan bunga manggar ketika menyambut ketibaan tetamu.

Pada masa yang sama, berlangsung Karnival Buku selama dua hari yang telah bermula sejak 10 November hingga 11 November. Karnival tersebut juga telah dirasmikan oleh Prof Madya Dato’ Dr Ab Halim di tapak Karnival Buku berhampiran dewan sekolah.

Beberapa gerai jualan juga dibuka di kawasan yang dikhaskan bagi memudahkan para ibu bapa membeli makanan tambahan dan barangan lain.

Pengarah Hari Takrim 2012, Muallim Shamsul Adzury Ramly dan Penasihat yang juga Guru Besar Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, Muallim Ahmad Fadhli Mohd Faudzi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, sama ada penaja, penderma, sukarelawan, tetamu, ibu bapa dan para pelajar yang telah terlibat menjayakan majlis bersejarah tersebut.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia