Demonstran turut melaungkan takbir, “Hidup Gaza”, “Hidup Palestin”, “Khaibar khaibar ya yahud, jaisyu Muhammad saufa ya’uud” ((Ingatlah Perang) Khaibar wahai Yahudi, tentera Muhammad akan kembali), “Jahanam Israel” dan “Jahanam Amerika” untuk menyelar AS yang memberikan bantuan dan sokongan padu terhadap keganasan Zionis ke atas Gaza atas alasan mempertahankan diri.
Demonstrasi anjuran IKRAM, HALUAN dan Aqsa Syarif telah diadakan selepas solat Jumaat bermula di hadapan bangunan Tabung Haji dan berarak sehingga seberang jalan di hadapan kedutaan AS.
Hadir menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak kedutaan ialah Timbalan Presiden IKRAM, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Biro HALUAN Palestin, Dr Syed Muhammad Haleem dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif, Dr Mohd Tahir Abd Rahman.
Turut menyertai dan memimpin demonstrasi ialah YDP IKRAM Selangor, Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif, Dr Mohd Zin Kandar dan aktivis Aqsa Syarif, Asmaaliff Abd Adam.
Demonstrasi berlaku secara aman serta dapat mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak polis yang mengawal lalulintas dan pihak kedutaan AS yang memberikan kerjasama dalam menyerahkan memorandum bantahan di dalam bangunan kedutaan.
Dr Hatta mewakili pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada pihak polis dan semua yang hadir dalam perhimpunan tersebut yang berjalan lancar sehingga ke penghujungnya. Perhimpunan diakhiri dengan doa untuk rakyat Gaza oleh Ust Hasanuddin. Semoga bantuan, sokongan dan doa berkesinambungan untuk rakyat Gaza, insya-Allah.
Lagi gambar demo: