Banjir: IKRAM Kuala Langat bantu bersihkan sekolah KAFA

Petugas IKRAM Kuala Langat juga dibantu oleh Unit Amal Selangor, mahasiswa UPM, para staf sekolah dan guru KAFA, ibubapa pelajar dan masyarakat setempat. Antara tugasan utama yang dijalankan ialah membersihkan lantai dan kaki lima kelas yang kotor dibawa lumpur selepas banjir.

Banjir yang difahamkan mencapai sehingga paras pinggang menjejaskan operasi sekolah tersebut menyebabkan murid terpaksa diberi cuti lebih awal sebagai langkah keselamatan manakala banyak peralatan sekolah yang kembang dan rosak seperti buku, rak, meja dan pintu kelas.

Oleh itu, YDP IKRAM Selangor, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus turut menyerahkan sedikit sumbangan kepada Guru Besar Sekolah, Ustazah Aniz Yushaily Abrar bagi menampung kerosakan tersebut. Ustazah Aniz merakamkan penghargaan kepada IKRAM Selangor atas sumbangan tersebut dan IKRAM Kuala Langat serta semua pihak yang terlibat dalam gotong-royong ini.

Turut hadir Ketua Kampung RTB Bukit Changgang, En Mohd Ezham Mohd Azmi, Bendahari IKRAM Negeri, Sdr Mohd Kamal Mohd Rathi, Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM Negeri, Prof Dr Mohd Nazari Ismail dan Pengerusi DERU Negeri, Sdr Yunus Othman.

Semoga JK Khidmat Masyarakat IKRAM dapat berkhidmat dan membantu masyarakat di semua tempat yang ditimpa bencana bagi meringankan beban mereka untuk membersihkan tempat dan bantuan makanan akibat banjir, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia