Keindahan Bersama Mu (KBM) Edisi Belia IKRAM Johor

KBM adalah satu program motivasi yang unik yang mengambil kira pelbagai unsur untuk dibangunkan secara seimbang iaitu jasmani, emosi, intelektual dan spiritual. Bermula dengan program untuk remaja dan IPT, kini ia dilaksanakan untuk belia.

Program KBM Belia kali ini telah disertai seramai 40 orang peserta, iaitu 19 lelaki dan 21 perempuan. Antara agensi yang menghantar peserta adalah daripada DYNEC, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan guru- guru Sekolah Menengah Islam Hidayah, Seelong dan juga daripada Belia IKRAM daerah-daerah negeri Johor.

Upacara perasmian dan pengenalan Pertubuhan IKRAM Malaysia telah dilakukan oleh Tuan Haji Aminuddin Alias, Pengerusi JKBR IKRAM Negeri Johor. Penyampaian Sijil Penyertaan oleh dilakukan oleh Tuan Haji Mokri Bin Sabran, YDP IKRAM Bandaraya Johor Bahru. Majlis penutup pula telah dilaksanakan oleh Prof Madya Hj Ainullotfi Bin Abdul Latif, YDP IKRAM Negeri Johor.

Antara  slot dan aktiviti yang dijalankan ialah KMKY (Knowing Me Knowing You), Ya Allah Berkatilah Rezeki ku, Meniti Angin Malam (MAM), Tazkirah, Bersama Menuju Kejayaan Explorace @ TIV dan Hijrah.


Menariknya selepas program, seramai 14 peserta belia berminat untuk menyertai halaqah dan satu borang keahlian IKRAM telah dikembalikan kepada urusetia untuk urusan pendaftaran ahli.

Tahniah kepada semua penceramah, para fasilitator, JKBR IKRAM Johor dan jawatankuasa penganjur yang diketuai Sdr Mohd Noor Rashid Rahman merangkap Kem Komandan program. Semoga program ini diperluaskan di seluruh tanahair bagi menyantuni belia ke arah perkara yang positif dan diredhai Allah, insya-Allah.


3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia