Ibu tunggal di Parlimen Titiwangsa tidak dilupakan

KUALA LUMPUR – Tanggal 21 Ramadan (Selasa) bersamaan 31 Ogos, ketika Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-53, Pertubuhan IKRAM Malaysia Cawangan Setiawangsa (IKRAM Setiawangsa) dengan kerjasama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Daerah Titiwangsa (JIM Titiwangsa) dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali telah mengadakan program sumbangan kepada golongan ibu tunggal di flat Kampung Padang Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi membantu keluarga ibu tunggal bersempena dengan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma.

IKRAM Hulu Selangor agih RM43,000 kepada fakir miskin

HULU SELANGOR – Sungguhpun tahun ini merupakan pengalaman Ramadan pertama Pertubuhan IKRAM Malaysia sejak dilancarkan 20 Jun lalu, IKRAM Daerah Hulu Selangor memulakan langkah positif tampil ke tengah masyarakat apabila berjaya mengumpulkan sumbangan melebihi RM43,000 untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan menjelang hari raya ini. Jumlah sumbangan tersebut telah mencipta rekod tersendiri, sekurang-kurangnya untuk daerah ini.

Jangan malu menjadi remaja yang lebih baik – Dr Azhar

3r bukit sentosa

HULU SELANGOR – Remaja sering dianggap nakal, mudah meniru gaya hidup liar, suka berhibur, kurang berakhlak, antikebaikan dan pelbagai label negatif lain. Namun semalam, bertepatan dengan hari ulang tahun kemerdekaan negara ke-53, IKRAM Hulu Selangor membuktikan bahawa sebenarnya masih ramai lagi remaja Malaysia yang mulus hatinya dan bersedia menerima nilai-nilai kebaikan.

IKRAM Subang Jaya rai 120 anak yatim

SUBANG JAYA – Satu majlis berbuka puasa dan ramah mesra bersama anak yatim dan fakir miskin telah diadakan di Surau Baiturrahman, SS9 Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pada 21 Ogos 2010, jam 5.30 petang hingga 8.00 malam. Majlis ini adalah anjuran bersama Surau Baiturrahman, IKRAM Subang Jaya dan JKP Zon 7.

Wanita IKRAM WP desak kerajaan kawal pornografi

KUALA LUMPUR – Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan adalah antara lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wanita Islam Kuala Lumpur yang mendesak kerajaan agar mengambil langkah-langkah serius dan bersungguh-sungguh untuk mengawal kebanjiran bahan pornografi di internet dan media massa.

Aqsa Syarif, IKRAM berkonvoi untuk Palestin

SHAH ALAM – Gema perjuangan Palestin terus berkumandang – kali ini di seluruh negeri Selangor bersempena Sambutan Bulan Memperingati Hari al-Quds Sedunia 2010 peringkat negeri dari 8 hingga 30 Ogos 2010.

Semalam terlaksanalah satu daripada tiga aktiviti utama sepanjang kempen tiga minggu tersebut iaitu ‘Konvoi’ yang menyaksikan para sukarelawan berkenderaan dari seluruh pelosok negeri untuk berkumpul di Stadium Melawati Shah Alam, seterusnya bergerak ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) beberapa kilometer dari situ. Dua lagi aktiviti yang dirancangkan adalah ‘Gaza Walk’ dan ‘Battle of Gaza’, kedua-duanya pada Sabtu 28 Ogos minggu hadapan.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia