IKRAM Hulu Selangor agih RM43,000 kepada fakir miskin

sumbangan ikramhs

Sebelum pelancaran IKRAM, sumbangan aidilfitri yang merupakan acara tahunan daerah dikendalikan oleh JIM Hulu Selangor. Pada tahun lepas, sebanyak RM28,000 telah diagih-agihkan dan jumlah tersebut merupakan yang tertinggi sejak tahun 2002.

Kali ini, IKRAM Hulu Selangor berjaya mengumpulkan sumbangan yang berlipat ganda dan penyerahannya telah dilakukan pada hari Selasa, 31 Ogos lalu. Sumbangan yang dilakukan adalah dalam bentuk wang tunai, beras, minyak masak, gula dan kuih raya.

“Alhamdulillah, pada tahun ini IKRAM Hulu Selangor telah mengenal pasti hampir 350 penerima sumbangan. Antaranya adalah fakir miskin dan ibu tunggal di sekitar Serendah, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Batang Kali dan Bukit Sentosa/Bukit Beruntung. Kami juga mendapat kerjasama yang baik daripada ahli-ahli jawatankuasa Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes, Masjid Nurul Iman Serendah dan Masjid Al-Ehsan Kampung Melayu Batu 16 Rawang untuk menyerahkan sumbangan kepada fakir miskin bagi kariah masing-masing,” kata Timbalan Yang Dipertua IKRAM Hulu Selangor, IR Haji Ariffin Abdul Manaf selaku Pengerusi Jawatankuasa Pusat Khidmat Masyarakat IKRAM Daerah.

Selain itu, katanya, sumbangan turut diberikan kepada anak-anak yatim di Sekolah Kebangsaan Serendah, saudara-saudara baru di Bukit Sentosa, orang-orang asli di Kampung Bukit Manchong dan Kampung Hulu Melaka serta pelajar-pelajar di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Darul Quran Kuala Kubu Bahru.

“Tidak dilupakan, sumbangan ini juga kami sampaikan kepada ahli-ahli dan rakan-rakan IKRAM Hulu Selangor sendiri yang layak serta memerlukan bantuan, manakala sumbangan yang paling jauh adalah kepada sebuah pondok tahfiz al-Quran, Madrasah Misbah Al-Falah di Parit Panjang, Baling, Kedah,” tambah beliau.

Dengan terlaksananya penyerahan sumbangan sebelum hari raya aidilfitri ini, IKRAM Hulu Selangor berharap beban kewangan yang dihadapi oleh para penerima sumbangan berkurangan dan mereka terutama anak-anak dapat menyambut ketibaan Syawal nanti dengan penuh ceria.

sumbangan ikramhs

 

sumbangan ikramhs

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia