Perutusan Ramadhan Presiden IKRAM
بسم الله الرحمن الرحيم …… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya , melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah ………..Amin!
Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia, anggota keluarga mereka , seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t , memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan Ummah yang kita sayangi
Portfolio Jawatankuasa Pusat IKRAM Dibentuk
Jawatankuasa Pusat IKRAM telah membentuk portfolio bagi menyusun gerak kerja IKRAM di peringkat pusat, negeri dan daerah. Sebanyak 16 portfolio telah dibentuk.
Jawatankuasa Pusat IKRAM yang terdiri daripada seramai 21 orang telah dipilih oleh Dewan Perwakilan Nasional.
Jawatankuasa Pusat IKRAM akan mengadakan retreat pada 7 dan 8 Ogos 2010 dan seterusnya akan melakukan lawatan kerja ke seluruh negara pada sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Hari bersejarah Pertubuhan IKRAM Malaysia
KUALA LUMPUR – Di hadapan lebih 5,000 orang yang terdiri daripada ahli, tetamu khas, petugas media serta para pemerhati dari dalam dan luar negara, sebuah gerakan Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah dilancarkan pagi tadi. Majlis bersejarah tersebut berlangsung di Malaysia International Exhibition and Convention Centre, Seri Kembangan dekat sini.
IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
30 Jun 2010 / 17 Rejab 1431
IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH
IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH). MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan 20,000 orang ibubapa di seluruh negara.
2. Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”.
3. MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara lebih menyeluruh dan seimbang. Sistem tersebut dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM).
PELANCARAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
20 Jun 2010 / 7 Rejab 1431
PELANCARAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
Hari ini kita menyaksikan pelancaran satu pertubuhan bukan kerajaan yang baru didaftarkan pada 22 Oktober 2009. Setakat ini IKRAM mempunyai enam puluh sembilan (69) cawangan daerah dan empat belas (14) cawangan negeri. Ahlinya sudah menjangkau tiga ribu lima ratus (3500) orang.
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah NGO Islam yang komprehensif dan yang berusaha untuk menegakkan Islam di Malaysia. Perlembagaan IKRAM menyebut matlamatnya seperti berikut:
-
Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
-
Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
Lagu IKRAM
IKRAM Lirik oleh: Mohamed Hatta Shaharom & SaffOne Lagu oleh: Saff One Hak Cipta: Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2010 Puluhan tahun telah kian berlaluJamaah dibina tanpa jemuPahit getir kita harung bersamaManis juang nikmatnya terasa Dalam usrah kita subur tarbiah Janji setia dipatuhiDalam gerak kita menyusun langkahAmalan syura diyakini Azam digenggam penuh tabahMembina IKRAM untuk ummahUkhuwah teras […]