Gejala zina perlu penyelesaian lebih holistik – Wanita IKRAM
PUTRAJAYA – Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia percaya gejala zina yang menjadi punca pembuangan bayi dalam masyarakat hari ini boleh dicegah sekiranya penyelesaian yang lebih holistik dilakukan.
Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Maznah Daud berkata, perbincangan yang dipaparkan di dada-dada akhbar tidak menampakkan langkah penyelesaian yang menjurus kepada penyelesaian masalah ini ke peringkat akar umbi.
Perancangan strategik IKRAM laksanakan tuntutan lima maqasid syariah – Presiden
KUALA LUMPUR – Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menegaskan bahawa Perancangan Strategik IKRAM adalah untuk melaksanakan tuntutan lima maqasid syariah. Ia semestinya menjadi kewajipan setiap Muslim untuk melaksanakannya dalam realiti kehidupan kerana ia merupakan satu perjuangan untuk mengangkat martabat umat ke tahap yang tinggi. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama dalam persidangan kedua Dewan Perwakilan Nasional (DPN) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).
Banyak tanda tanya penahanan Zunar
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 September 2010 / 17 Syawal 1431
BANYAK TANDA TANYA PENAHANAN ZUNAR
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius mengenai penangkapan dan penahanan kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar di bawah Akta Hasutan.
IKRAM pada dasarnya bersetuju dengan keperluan untuk melindungi masyarakat awam daripada diperdaya dengan laporan dan pengkhabaran palsu yang mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat. Namun, tindakan keras yang diambil pihak polis dalam menahan Zunar menimbulkan pelbagai persoalan yang perlu dijelaskan demi mengekalkan kepercayaan masyarakat akan ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam menerima sebarang maklumbalas daripada masyarakat mengenai perlaksanaan amanah dan tanggungjawab kerajaan.
Pendidikan Seksualiti: Adakah Ia Satu Penyelesaian?
KUALA LUMPUR – Akhir-akhir ini gejala zina dan seks bebas begitu membarah dalam masyarakat. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ahli masyarakat yang tercari-cari di mana silapnya dan apakah langkah penyelesaian terbaik. Adakah ini bermakna anak-anak perlu didedahkan dengan pendidikan seksualiti pada awal usia? Persoalannya sejauh manakah kejayaan pendidikan seksualiti yang telah diajar di negara-negara barat selama ini dapat mengatasi gejala seksual yang berleluasa? Semua ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada ahli-ahli masyarakat. Ada yang menyokong dan ada yang menentang idea ini.
Menyedari senario ini, Pertubuhan Wanita IKRAM Malaysia dan Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) akan menganjurkan wacana ilmu bertajuk ’Pendidikan Seksualiti: Adakah Ia Satu Penyelesaian?’
Ucapan Takziah di Atas Pemergian Ustaz Dahlan Mohd Zain

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin merakamkan ucapan takziah kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) di atas pemergian Ustaz Dahlan Mohd Zain. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada hari Sabtu, 18 September 2010. Allahyarham merupakan seorang murabbi dekad ini yang telah banyak berbakti kepada pembentukan rijal-rijal dakwah dan pembangunan ummah islamiah. Semoga roh Allahyarham […]
PERBEZAAN PENDAPAT HARUS DITANGANI SECARA ILMIAH BUKAN DENGAN MELABEL
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
30 Jun 2010 / 17 Rejab 1431
PERBEZAAN PENDAPAT HARUS DITANGANI SECARA ILMIAH BUKAN DENGAN MELABEL
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya. Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah.
IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam. Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan. Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar.