Ibu tunggal di Parlimen Titiwangsa tidak dilupakan

Flat Kampung Padang Kampung Baru terletak di nadi utama Kuala Lumpur iaitu di Jalan Tun Razak berhampiran persimpangan Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan Jalan Semarak. Tidak jauh dari flat ini di jalan yang sama terletak beberapa mercu tanda Malaysia moden, antaranya Istana Budaya, Bangunan Tabung Haji, Ampang Park, G Tower dan juga hotel 5 bintang terbaru, Doubletree by Hilton. Lambang kebanggaan Malaysia, Menara Berkembar Petronas turut tersergam indah di “belakang rumah” kampung ini.

Penyerahan sumbangan yang bermula selepas jam 9.00 pagi dilakukan dari rumah ke rumah dan juga di pekarangan flat tersebut. Seramai 20 orang ibu tunggal telah menerima sumbangan berupa wang ringgit, beras dan barang-barang keperluan yang lain. Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh pimpinan IKRAM Setiawangsa termasuk Yang Dipertua, Ketua Wanita, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa Daerah. Turut hadir adalah dua orang wakil Dr Lo’ Lo’ yang bertanggungjawab mengenal pasti golongan keluarga yang memerlukan.

Sumbangan ini merupakan satu usaha IKRAM Setiawangsa dan JIM Titiwangsa untuk membantu masyarakat terutama golongan yang memerlukan sokongan dan bantuan. Sumbangan yang diberikan diharapkan dapat meringankan golongan ibu tunggal di Kampung Padang Kampung Baru, Kuala Lumpur menjelang aidilfitri ini.

sumbangan ikramttw

Papan tanda masuk ke flat Kampung Padang.

sumbangan ikramttw

Ketua Wanita, Dr Ariza sedang memberikan sumbangan kepada seorang nenek.

sumbangan ikramttw

AJK Daerah, Anfaal Saari (kiri) sedang menyampaikan sumbangan.

sumbangan ikramttw

Delegasi IKRAM Setiawangsa bergambar bersama wakil Dr Lo’lo’ sebelum pulang.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia