IKRAMedia mengorak langkah melatih pemberita

PUTRAJAYA – Bengkel Latihan IKRAMedia Peringkat Zon Tengah berjaya dilaksanakan hari ini biarpun sambutannya agak mendukacitakan. Daripada sasaran 20 orang peserta, hanya tujuh yang tampil memenuhi jemputan. Bagaimanapun, bengkel tetap diteruskan atas kepercayaan bahawa untuk membina sebuah portal berita dan informasi yang baik, yang ‘wajib’ dilakukan adalah latihan, latihan dan latihan…

Lawatan JKPW IKRAM ke Wanita KRAM Selangor



SHAH ALAM – Wanita IKRAM negeri Selangor berbesar hati menerima kunjungan Jawatankuasa Pusat Wanita IKRAM (JKPW) pada 24 Julai 2011 baru-baru ini. Ini merupakan negeri terakhir yang dilawati dalam siri lawatan JKPW ke Wanita  IKRAM Negeri. Amanat yang disampaikan menjadi panduan untuk Wanita IKRAM Selangor terus bergerak maju menyantuni ummah.

IKRAM Sepang ‘Menyingkap Rahsia Alam Remaja’ di UPM

SERDANG – Program ‘Menyingkap Rahsia Alam Remaja‘ anjuran IKRAM Daerah Sepang, Wanita JIM Sepang dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya dilaksanakan pada 23 Julai lalu di Dewan Ibnu Sina, Pusat Islam berdasarkan objektif yang telah digariskan dengan jayanya.

Semarak Ramadhan meriah di sana-sini

KUALA LUMPUR – Pelbagai program diadakan oleh institusi IKRAM di pelbagai peringkat sempena menyambut bulan yang dinanti-nantikan umat Islam iaitu Ramadhan Al-Mubarak bagi menyemarakkan lagi semangat untuk menyambutnya dengan penuh amal ibadah, istiqamah dan mujahadah.

Malam Persembahan Kebudayaan Palestin

AMPANG JAYA – Malam Persembahan Kebudayaan Palestin memeriahkan ‘Karnival Belia & Masyarakat’ di Rumah Pangsa AU2 di Taman Keramat, Kuala Lumpur pada Sabtu 16 Julai lalu. Pameran, jualan dan malam persembahan ini adalah anjuran bersama IKRAM Ampang Jaya, Aqsa Syarif Ampang Jaya, Belia IKRAM Ampang Jaya dan Persatuan Penduduk Rumah Pangsa AU2.

Premis Hiburan: Kenyataan IKRAM Kedah

KENYATAAN MEDIA

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI KEDAH

19 Julai 2011 bersamaan 17 Syaaban 1432H

TINDAKAN PENGHARAMAN ORANG ISLAM MENGUNJUNGI

PREMIS HIBURAN PADA BULAN RAMADHAN

1.    Tindakan Kerajaan Negeri Kedah untuk membenarkan premis hiburan terus beroperasi pada bulan Ramadhan dengan syarat pemilik-pemilik premis hiburan memastikan premis mereka tidak dikunjungi oleh orang Islam wajar disokong oleh semua pihak.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia