IKRAMedia mengorak langkah melatih pemberita

Bengkel IKRAMedia Zon Tengah 2011

Dengan kehangatan Ramadan yang bakal berkunjung sedikit waktu lagi semakin membahang, difahamkan banyak pihak mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan aktiviti masing-masing pada Sabtu dan Ahad terakhir Syaaban, iaitu hari ini dan esok. Akibatnya, banyak acara dan jemputan bertindan pada hujung minggu ini.

Bukan menyalahkan sesiapa, tidak sama sekali mencemburui Ramadan, tetapi itulah hakikatnya. Walaupun hebahan telah mula dibuat sejak Jun lalu, program sulung jerayawara (roadshow) IKRAMedia peringkat Zon Tengah yang berlangsung di pejabat IKRAM Putrajaya di Presint 15 hari ini cuma dihadiri dua peserta dari Selangor, Wilayah Persekutuan (2), Negeri Sembilan (1), juga termasuk seorang mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan seorang peserta dari Miri, Sarawak.

Bengkel IKRAMedia Zon Tengah 2011

Penerangan dan latihan dirangkumkan dalam empat pembentangan yang disampaikan oleh tiga ahli jawatankuasa IKRAMedia Pusat.

Editor Perunding portal berita Malaysia Harmoni dan portal IKRAM, Prof Madya Mohamad Saidy Ismail mengendalikan dua sesi yang berjudul “Fungsi Editor dan Wartawan” dan “Latihan Penulisan Berita”. Beliau menerangkan perbezaan antara penulis, wartawan dan editor dan bagaimana sesuatu penulisan itu boleh dianggap mempunyai nilai berita.

Bengkel IKRAMedia Zon Tengah 2011

Pembentang kedua, Saudara Amir Farid Sabuddin yang sudah lama terlibat dalam bidang fotografi berkongsi pengalaman beliau dalam penyampaian “Fotografi dan Asas Fotografi Berkesan”. Arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan ini ‘mengajar’ peserta pengetahuan asas tentang foto dan teknik-teknik merakamkan foto yang bermutu sebagai bahan sokongan kepada berita yang baik.

“Garis Panduan Kewartawanan IKRAMedia yang Berkesan” pula merupakan pembentangan terakhir dan telah disampaikan oleh Saudara Abdul Aziz Nordin. Beliau merupakan Editor Teknikal dan pembangun portal Malaysia Harmoni.

Merumuskan jerayawara sehari ini, Prof Madya Mohamad Saidy menganggap bengkel yang diadakan tetap berjaya kerana berupaya mengumpulkan para peserta dari tiga negeri berlainan.

“Biarlah kita sedikit tetapi berkualiti. Mudah-mudahan apa yang kita lalui pada hari ini akan mencetus keazaman baru dalam diri kita untuk mencipta dan menulis berita, seterusnya memakmurkan portal IKRAM Pusat dan Malaysia Harmoni,” kata beliau.

Bengkel IKRAMedia Zon Tengah 2011 Bengkel IKRAMedia Zon Tengah 2011

IKRAMedia akan meneruskan bengkel latihan seperti ini ke zon-zon lain di Semenanjung (Timur, Utara dan Selatan) dan tidak ketinggalan lawatan ke Sabah dan Sarawak. Antara objektif program ini adalah meningkatkan kesedaran ahli IKRAM akan kepentingan menggunakan media untuk dakwah selain melatih ahli IKRAM dengan kemahiran asas editorial dan penulisan menggunakan media baru.

Jerayawara seterusnya dijadualkan akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 6 Ogos 2011 melibatkan peserta-peserta dari Terengganu, Kelantan dan Pahang yang mewakili zon Timur. Tarikh dan tempat bagi zon-zon lain akan diumumkan dalam waktu terdekat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia