Kehilangan Dr Lo’ Lo’ turut dirasai IKRAM

SERI KEMBANGAN – Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali, demikianlah ketetapan hukum alam buat sekalian insan. Begitulah kata-kata muhasabah yang dicurahkan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Pusat, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Lawatan bersejarah Syeikh Jum’ah Amin ke SMI Hira’

JERAM – Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin telah melakukan lawatan rasmi yang bersejarah ke Sekolah Menengah Islam Hira’ di sini pada pagi semalam, Rabu 13 Julai 2011. Kedatangan beliau disambut oleh para pelajar, pendidik, kakitangan dan Ahli Lembaga Institusi Pendidikan Hira’ dengan paluan kompang dan pemeriksaan perbarisan kadet KRS Musleh.

Wacana Tarbawi oleh Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin

SHAH ALAM – Wacana Tarbawi anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia yang disampaikan Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin dihadiri lebih 2,000 orang yang memenuhi dalam dan luar Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam, Isnin 11 Julai 2011.

Presiden IKRAM, Timbalan hadiri dialog bersama KSU KDN

PUTRAJAYA – Sesi Dialog dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 25 Jun lalu telah dihadiri oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan Timbalan Presiden Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Sekitar 40 buah NGO dari pelbagai lapisan dan corak masyarakat menyertai dialog ini.

Debat Antarabangsa Musleh melabuh tirai, rebut tiga kejuaraan

KUALA LUMPUR – Kejohanan Debat Antarabangsa Pelajar Musleh Kali Ke-3 2011 telah melabuhkan tirai pada Ahad 3 Julai lalu di Dewan Hotel Putra yang telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh YB Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

IKRAM Setiawangsa anjur karnival kesihatan

KUALA LUMPUR – Pada Ahad 10 Julai yang lalu Masjid Al-Muttaqin, IKRAM Setiawangsa dan JAWI Zon 4 telah menjayakan Karnival Kesihatan Masyarakat Wangsa Melawati di Masjid Al-Muttaqin Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia