Semarak Ramadhan meriah di sana-sini

Pada 16-17 Julai, Wanita IKRAM Batu Pahat dan Surau Al-Ikhlas telah menganjurkan program Jom Jadi Anak Soleh yang disertai 46 peserta kanak-kanak yang diselitkan ceramah Semarak Ramadhan oleh Prof Hj Mohamad Zainal Mohd Yusof di samping slot motivasi belajar, aktivitii luar dan ceramah “Meniti Usia Baligh”.



Pada Khamis 21 Julai lalu di Pasir Gudang, Pengerusi Belia dan JK Pembangunan Masyarakat IKRAM Bandaraya Johor Bahru Sdr Ahmad Daniel Sharudin telah diberi peluang untuk menyampaikan ceramah Semarak Ramadhan di kilang Raflatac.

Di Shah Alam, pada hari yang sama IKRAM Shah Alam telah mengadakan kuliah mengenai “Persediaan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak” oleh Ustaz Miftah. Pada Jumaat 22 Julai pula di Musolla SRI Hira’ Klang, pihak PIBG Institut Pendidikan Hira’ telah mengadakan program Semarak Ramadhan dan Pelancaran Tabung Sumbangsih Ramadhan PIBG diselangi dengan tazkirah Ramadhan oleh Ust Wan Ahmad Rahiman Wan Husain.

Program Semarak Ramadhan terus bersemarak di beberapa buah masjid dan sekolah di sekitar Johor antara 20-24 Julai di Johor Bahru, Pontian, Kulaijaya dan Batu Pahat. Program Semarak Ramadan IKRAM Pontian telah diadakan di surau Maktab Rendah Sains MARA Pontian pada 23 Julai 2011. Ceramah disampaikan oleh Setiausaha IKRAM Pontian, Ustaz Suhaimi Jairi. Program dihadiri oleh kira-kira 700 orang pelajar.

Pada 24 Julai pula, telah berlangsung program Explorace Ramadhan anjuran bersama IKRAMJuniors Ampang Jaya dan Surau Al-Hidayah Taman Keramat Permai. Pada hari yang sama, Pelancaran Semarak RamadhanRamadhan… Kehadiranmu Dinantikan” yang disampaikan oleh Ustaz Shahrom Abu Hassan. 1432H IKRAM Daerah Batu telah diadakan dengan jayanya di Surau Al-Hidayah Taman Wahyu Kuala Lumpur. Pada majlis ini diadakan ceramah khas “Ramadhan… Kehadiranmu Dinantikan” oleh Ust Shahrom Abu Hassan.

Majlis diserikan dengan tayangan multimedia pelancaran Semarak Ramadhan yang memaparkan aktiviti Semarak Ramadhan. Dua kain rentang Semarak Ramadhan, 1000 helai Risalah Ramadhan dan Borang Program 3R diserahkan kepada pihak surau untuk diedar kepada semua penduduk Islam di PPR Taman Wahyu. dengan suara latar bacaan al-Quran dan terjemahan, sajak dan nasyid

Program ‘I Love Ramadhan’ turut diadakan di Masjid Taman Sri Pulai Perdana anjuran IKRAMJuniors Daerah Pontian untuk kanak-kanak pada Ahad 24 Julai 2011. Pelbagai acara menarik diadakan seperti tazkirah, explorace, tayangan multimedia, teka silangkata dan mewarna kad Ramadhan.

Gambar utama: Ust Suhaimi Jairi menyampaikan ceramah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia