Tabung Kebajikan Guru IKRAM-MUSLEH dilancarkan
SERDANG – Tabung Kebajikan Guru IKRAM-MUSLEH (TAKIM) telah dilancarkan oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam Perhimpunan Ahli Teras (PAT) IKRAM 2015 semalam di UPM, bagi meringankan beban guru serta kakitangan sekolah rangkaian tersebut.
Ahli IKRAM dibina secara holistik – Dr Parid
SERDANG – IKRAM sentiasa berusaha membina ahli-ahlinya secara holistik, menerusi penglibatan semua kader dalam pelbagai program tarbiah yang menyeluruh, membangun jiwa mereka dengan rangsangan keimanan, semangat, keberanian, kejujuran dan kerja keras, kata Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.
Wanita berperanan memacu perubahan menuju negara rahmah
SERDANG – Wanita IKRAM perlu memainkan peranan untuk memacu perubahan dalam masyarakat bagi menggerakkan inisiatif ke arah membawa Malaysia menuju negara rahmah, menurut Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.
MyCARE santuni pelarian Rohingya
SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) telah menjalankan misi rawatan dan membekal ubatan kepada pelarian Rohingya di beberapa kem penempatan sementara pada Ahad lalu termasuk mereka yang mendarat di Langkawi baru-baru ini.
Anak Syurga: “Kita serahkan Maryam pada Allah”
Gambar Ruqayyah Farhani Mohd Shukry, seorang ibu yang tersenyum sambil memegang jenazah salah seorang anak kembarnya yang berusia 14 hari menjadi ‘viral’ di laman sosial ketika ini merupakan isteri kepada seorang ahli Kelab IKRAM Mesir, Abdullah Mubarak Hasanuddin.
“Bebas, bebas! Bebas Morsi!”
KUALA LUMPUR – Anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan gabungan parti politik telah berhimpun secara aman pada Jumaat pada 22 Mei lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi membantah hukuman bunuh ke atas Presiden Mesir yang sah, Dr Mohamed Morsi, Dr Yusuf al-Qaradhawi dan lebih 100 tahanan yang lain.