Tabung Kebajikan Guru IKRAM-MUSLEH dilancarkan

Pelancaran tesebut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif MUSLEH Berhad, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor.

Selain meringankan beban, pelancaran tabung ini dapat meningkatkan rasa kebersamaan semua institusi pendidikan IKRAM-MUSLEH dalam isu kebajikan dan memberi peluang kepada ibu bapa pelajar dan dermawan untuk menderma.

Dr Omar turut menyeru untuk menyumbang demi kebajikan guru-guru IKRAM-MUSLEH yang telah banyak berkorban mendidik dan membina pelajar menjadi generasi rabbani supaya kualiti khidmat bertambah baik dari masa ke semasa.

IKRAM-MUSLEH menjalankan usaha-usaha mengarus perdanakan pendidikan Islam melalui pendekatan berkualiti dan global.

Menurut Ustaz Megat Mohamed Amin (gambar kanan), dengan bilangan 42 buah sekolah dan lebih 1,600 orang guru serta kakitangan IKRAM-MUSLEH, sudah tentu ada antara mereka yang menghadapi pelbagai ujian dalam bentuk musibah seperti kemalangan, kematian, sakit kritikal, bencana alam dan sebagainya, di samping tekanan ekonomi yang semakin meningkat dan membebankan mereka.

Tambah beliau, sebagai badan  yang memayungi semua institusi pendidikan IKRAM, adalah sangat wajar untuk IKRAM-MUSLEH melancarkan satu dana khas kebajikan untuk diagihkan kepada para guru dan kakitangan yang memerlukan secara teratur dan konsisten.

Buat masa ini, IKRAM-MUSLEH menganggarkan untuk mengumpul dana kebajikan sebanyak RM250,000 mencakupi takaful, sumbangan kematian, sumbangan sakit kritikal, sumbangan persekolahan anak, dermasiswa, sumbangan bencana alam dan lain-lain.

Mereka yang berminat untuk menyumbang, boleh memasukkan sumbangan melalui akaun Bank Muamalat 1403 0002 5407 12 atas nama MUSLEH BERHAD dan e-mel salinan slip sumbangan ke [email protected] atau WhatsApp kepada Usamah (017-670 3832). Maklumat lanjut, sila hubungi ibu pejabat IKRAM-MUSLEH di talian 03-8944 2448.

Sempena Ramadan, untuk sumbangan RM50, dermawan akan menerima cenderahati surah-surah pendek sementara sumbangan RM100, dermawan akan menerima kurms Medjoul Palestin dan poster surah-surah pendek.

Borang online sumbangan Infaq Ramadan TAKIM: http://bit.ly/1Fms42R

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia