Ahli IKRAM dibina secara holistik – Dr Parid

Beliau berucap hari ini dalam Perhimpunan Ahli Teras IKRAM (PAT) 2015 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dihadiri kira-kira 1,200 orang Ahli Teras IKRAM dari seluruh negara.

“Minda mereka dengan kejelasan gagasan fikrah Islam yang dihayati, ilmu pengetahuan dan budaya berfikir yang mampu mengangkat kedewasaan mereka, tubuh mereka dengan berbagai-bagai aktiviti yang akan membuatnya sentiasa segar, sihat, aktif berpatisipasi dengan masyarakat lingkungannya dengan program-program yang disusun atur bagi meningkatkan keupayaannya,” tambah beliau.

Jelas beliau, sebagai sebuah organisasi massa, IKRAM boleh membesar dan bertambah kuat jika dikelola dengan sistem pengurusan terbaik dan infrastruktur yang kuat yang akan memungkinkannya mampu hidup dan berkembang berhadapan dengan pelbagai keadaan.

Menurut Dr Parid, ahli IKRAM dibekalkan dengan visi dan misi yang jelas, peta amal yang berasaskan perancangan bagi merubah sasaran-sasaran strategik menjadi kenyataan, penjelasan tentang faktor-faktor pemboleh sebagai prasyarat untuk mencapai sasaran-sasaran tersebut.

“Semua langkah-langkah di atas dilakukan bagi memperkuatkan IKRAM pada masa-masa mendatang sebagai sebuah organisasi massa, yang membangunkan kader-kadernya sendiri untuk membolehkannya mengukir sejarah baru negara, melakukan lompatan-lompatan besar ke arah membangun sebuah Negara Rahmah,” jelasnya lagi.

Bersama-sama langkah di atas, menurut beliau, ahli IKRAM diperkuatkan menerusi tarbiah diri sendiri agar sentiasa melakukan usaha-usaha membangun diri sendiri serta melibatkan diri dalam kegiatan-kegitan luaran dalam pelbagai medan amal.

Oleh itu, ahli IKRAM memperoleh lonjakan-lonjakan tarbawi dari medan-medan amal tersebut yang akan menambah kuat ketahanan diri dan memperkaya pengalaman-pengalaman perjuangan mereka.

Jelasnya lagi, menerusi penglibatan-penglibatan luaran di atas dan seumpamanya secara meluas, kehadiran IKRAM dalam masyarakat dapat dirasakan, penglibatan dan engagement yang membina dengan institusi-institusi masyarakat madani, generasi mahasiswa, remaja, belia, wanita dan kepimpinan masyarakat, masyarakat umum, akar dan lain-lain meninggalkan impak yang baik kepada semua.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia