MyCARE santuni pelarian Rohingya

Menurut Pengerusi MyCARE Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, beberapa program keceriaan untuk warga Rohingya yang berlindung di Malaysia telah diadakan antaranya ‘Mini mission Gifts of Smiles’ anjuran Rose2Rose (MyCARE) dengan kerjasama IKRAM Ampang Jaya dan Team Clinical Psychologist yang diketuai oleh Pn Azlina Roszy Mohamad Ghaffar.

   

Program tersebut diadakan di pusat dan sekolah Rohingya di kawasan Pandan Indah di mana sekitar 70 orang kanak-kanak daripada 30 keluarga disantuni dengan aktiviti mewarna dan origami di samping tazkirah untuk kaum bapa turut disampaikan oleh Penasihat Rose2Rose Dr Fauziah Mohd Hassan mengenai penekanan diberikan kepada dua perkara iaitu ilmu dan bersedekah.

Di samping itu, mereka turut bertemu dengan kaum ibu bagi mendapatkan informasi dan maklumbalas berkaitan aktiviti yang telah di jalankan serta mendapatkan aduan berkaitan masalah kesihatan ahli keluarga serta berjumpa dan mendengar kisah sedih para ibu bersama anak-anak yang mendarat di Langkawi.

Sementara itu, Task Force Rohingya MyCARE Kedah telah mengkoordinasi bantuan untuk pelarian Rohingya di Belantik, Sik yang dibentuk bersama pihak imigresen dan depot serta memberikan bantuan perubatan dan kesihatan sebagai pelengkap kepada pejabat kesihatan daerah.

Menurut Task Force Rohingya MyCARE Kedah, kebanyakan pelarian dalam kategori stabil kecuali yang mengidap beberapa penyakit seperti kulit, batuk dan cirit-birit. Selain itu, Ketua Task force Rohingya MyCARE Pusat iaitu Dr Muhammad Munawwar Mohamed Hatta turut mengadakan perbincangan dengan Bahagian Penguatkuasa Imigresen pusat dan menghasilkan natijah yang sangat memberangsangkan.

Rakyat Malaysia dipelawa untuk menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya dengan memasukkan sumbangan ke akaun Maybank 5515 7500 4299 atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad dan e-melkan slip sumbangan dengan tajuk ‘Rohingya’ ke [email protected].

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia