“Bebas, bebas! Bebas Morsi!”

Himpunan bantahan tersebut disertai NGO Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) serta parti politik PAS, PKR dan DAP.

   

Ucapan bantahan oleh Hj Mohamad, Hj Shahrul Aman dan Datin Paduka Che Asmah

Selain itu, turut sertai himpunan ialah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Pro-Mahasiswa, Jingga 13, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Malaysians4Egypt (M4E), Panglima Malaysia dan Pertubuhan Pemuda Malaysia (GEMA).

Kira-kira 300 peserta himpunan berarak dari Masjid Hotel De Palma Ampang melalui Jalan Ampang menuju ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat dengan laungan “Bebas, bebas! Bebas Morsi!”, “Hidup, hidup, demokrasi!” serta “Jahanam, jahanam, Fatah Sisi!”

Turut berucap dalam himpunan bantahan tersebut ialah Timbalan Presiden PAS Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Naib Presiden PAS, Hj Salahuddin Ayub, Naib Presiden PKR, YB Tian Chua dan Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.

Himpunan tersebut turut membawa memorandum menuntut Presiden Morsi dan ribuan rakyat yang dipenjarakan secara zalim dibebaskan serta hak rakyat dikembalikan di samping menuntut supaya dihentikan sokongan antarabangsa terhadap kerajaan haram Abdul Fattah Al-Sisi.

Selain menyeru semua penyokong keadilan dan pencinta demokrasi bersama dengan rakyat Mesir, memorandum tersebut juga menuntut supaya dikembalikan semula hak mereka untuk memilih sendiri pemimpin mereka secara demokratik.

Walau bagaimanapun, pihak kedutaan Mesir tidak melayan kehadiran peserta himpunan dan memorandum bantahan gagal diserahkan kepada pihak kedutaan, sebaliknya hanya diletakkan di dalam peti surat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia