Rose2Rose Charity Dinner: Amal rakyat Malaysia untuk wanita Palestin

KUALA LUMPUR – Majlis makan malam amal, ‘Rose2Rose Charity Dinner’ telah diadakan pada Sabtu malam, 14 Julai lalu di Dewan Kristal, Menara TM sarat dengan pelbagai aturcara menarik dan unik untuk para penyumbang projek Rose2Rose Aqsa Syarif (AQSA) bagi membantu kebajikan wanita Palestin.
Resolusi penting Muktamar Syria di Turki

ISTANBUL – Muktamar Umat Islam Bagi Membantu Rakyat Syria anjuran Persatuan Ulama’ Muslimin Antarabangsa yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, dengan kerjasama Rabitah Ulama’ Syria pada 1-3 Julai yang lalu telah menghasilkan beberapa resolusi dan saranan penting untuk membela perjuangan rakyat Syria.
Rayuan Ramadhan 1433H: RM1 juta sumbangan, 200,000 penerima
KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, Rayuan Ramadhan IKRAM 1433H dilancarkan dengan sasaran mengumpulkan RM1 juta untuk diagih-agihkan ke 15 negara umat Islam yang memerlukan. Agihan tersebut akan dilakukan dalam bentuk tajaan berbuka puasa, sedekah dan fidyah.
Aqsa Syarif hadiri Muktamar Al-Quds di Turki

ISTANBUL – Delegasi Aqsa Syarif yang diwakili Pengerusi, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan pegawai, Ust Noor Syazlie Ramely telah menghadiri Muktamaral-Quds anjuran al-Quds International Institution (QII) dengan kerjasama IHH (Insani Yardim Vakfi ) Turki pada 29 – 30 Jun lalu di sini.
KIMB hadiri Majlis Sambutan 20 Tahun Koperasi Ibnu Affan

PATTANI – Dalam usaha membina jaringan koperasi serantau, Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) diwakili oleh Setiausaha, Tuan Yaacob Tuan Sof dan Bendahari, Mohamad Amirul Mohamad Letfee telah menghadiri Majlis Sambutan 20 Tahun Koperasi Ibnu Affan pada 7-8 Julai yang lalu.
Hi-T3, Forum tingkat kesedaran dakwah non-Muslim

SUBANG JAYA – Aktivis dakwah non-Muslim, Bro Firdaus Wong Wai Hung telah menyampaikan tajuk ‘Dakwah Berhikmah’ dalam Hidayah Talk siri 3 (Hi-T3) anjuran JK Dakwah, Ikram Subang Jaya pada Khamis 5 Julai yang lalu di pejabat Ikram Subang Jaya.