KIMB hadiri Majlis Sambutan 20 Tahun Koperasi Ibnu Affan

Majlis ini diadakan sempena genapnya 20 tahun Koperasi Ibnu Affan yang berpengkalan di Pattani, Thailand beroperasi untuk meningkatkan ekonomi masyarakat Islam di wilayah Selatan Thailand itu.

Turut dijemput ke majlis ini adalah koperasi dan organisasi Islam lain di negara ASEAN seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Kemboja, Laos dan Vietnam. Wakil koperasi lain dari Malaysia yang turut hadir adalah Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI), Koperasi Akrab Johor Berhad (AKRAB), dan Koperasi Amal Madinah Kuala Lumpur Berhad.

Majlis sambutan yang diadakan di Pattani Central Stadium ini dimeriahkan dengan kehadiran beberapa jemputan ternama seperti Dr Surint Pitsuwan, Setiausaha Agung ASEAN dan Pol-Col Thawee Sodsong yang merupakan Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand.

Turut memberikan ucapan pada majlis sambutan ini adalah Gabenor Pattani, Thira Mintrasak, Dr Wae-asae Waehamad, Pengerusi Koperasi Ibnu Affan, Senator Dr Warawit Baru, Pengerusi Jaringan Koperasi Islam Thailand dan Dr Ismail Lutfi Chakapiya yang merupakan Rektor Universiti Islam Yala.

Majlis sambutan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran jemputan dari Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebagai menghargai sokongan berterusan lebih 76,000 ahli koperasi ini, beberapa hadiah seperti 17 buah motorsikal, pakej haji, emas dan beberapa hadiah lain diberi kepada mereka yang bertuah melalui sesi cabutan bertuah dalam majlis yang dihadiri kira-kira 50 jemputan antarabangsa dan 5,000 ahli Koperasi Ibnu Affan ini.


Pada Ahad, satu mesyuarat khas diadakan antara jemputan Negara ASEAN yang hadir khusus untuk membincangkan mengenai kerjasama dalam usaha meningkat ekonomi masyarakat Islam serantau.

Mesyuarat kerjasama ini diadakan sebagai usaha awal membina sebuah jaringan koperasi Islam di peringkat Asia Tenggara dan membentuk kerjasama dalam beberapa bidang yang dipersetujui bersama seperti kerjasama dalam akademik dan syariah, pembangunan kakitangan, perkongsian teknologi, pelaburan dan pendidikan kepentingan koperasi kepada masyarakat Islam di Asia Tenggara.

Pada akhir mesyuarat ini, setiap koperasi yang hadir menandatangani satu dokumen persefahaman yang dinamakan Persetujuan Al-Fattoni sebagai tanda persefahaman antara koperasi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia