Rayuan Ramadhan 1433H: RM1 juta sumbangan, 200,000 penerima

Rayuan Ramadhan 1433HMenurut Pengarah Program Rayuan Ramadhan 1433H, Tuan Yaacob Tuan Sof (kiri), sumbangan daripada orang ramai itu juga nanti akan digunakan untuk membantu umat Islam yang ditindas, ditimpa bencana, dilupakan dan yang berjuang di jalan Allah.

“Program ini diadakan bagi menzahirkan rasa mahabbah dan keprihatinan kepada umat Islam yang benar-benar memerlukan dan membina jaringan kerjasama antara IKRAM dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sama ada dalam dan luar negara.

“Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 1999 (1420H) dan pada tahun lepas (1432H), pihak Rayuan Ramadhan IKRAM telah berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM500,000 yang diagihkan kepada 100,000 orang penerima,” kata beliau.

Pada kali ini, Rayuan Ramadhan 1433H dengan jawatankuasa dan gerak kerja yang baru telah menyasarkan sumbangan yang lebih tinggi sebanyak RM1 juta untuk 200,000 orang penerima.

“Mereka yang berminat untuk menyumbang dalam Rayuan Ramadhan IKRAM bolehlah memasukkan sumbangan tersebut ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 1211-30100-40182 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia.”

Katanya, perpindahan sumbangan juga boleh dilakukan secara online.

“Sebarang sumbangan hendaklah dimaklumkan secara emel kepada [email protected] atau poskan maklumat pembayaran kepada pihak sekretariat sumbangan dalam borang yang disediakan.”

Rayuan Ramadhan 1433H

Penyumbang boleh memberi atau menaja sumbangan kewangan dalam bentuk tajaan iftar (berbuka puasa) Ramadhan, sedekah untuk fakir miskin dan zakat atau fidyah. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.ramadhan-qurban.org dan Facebook Rayuan Ramadhan IKRAM.

Tarikh tutup bagi sumbangan Ramadhan adalah pada 20 Ramadhan 1433H atau 9 Ogos 2012.

“Pihak Sekretariat Rayuan Ramadhan IKRAM mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak atau individu yang menyumbang dalam program ini dan mendoakan semoga Allah memurahkan dan melipat gandakan rezeki para penyumbang hasil keberkatan sumbangan kepada umat Islam lain yang memerlukan pada tahun ini,” ujar beliau lagi.

15 negara yang terlibat tersebut adalah Sudan, Palestin, Iraq, Pakistan, Syria, Afghanistan, Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Indonesia, Mindanao, Selatan Thailand dan beberapa tempat di Malaysia.

Sidang media ini juga turut menyaksikan perjanjian bersama antara Sekretariat Rayuan Ramadhan 1433H dengan Aqsa Syarif.

IKRAM bekerjasama dengan Aqsa Syarif Berhad untuk menyalurkan sumbangan Ramadhan khusus kepada rakyat Palestin.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM, Hj Nahar Md Nor; Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor; Wan Mohd Zukri Che Mat Zin; Setiausaha Wanita IKRAM, Puan Faridah Maludin dan Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan, Wan Norsiah Wan Abdullah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia