Aqsa Syarif hadiri Muktamar Al-Quds di Turki

Muktamar yang bertemakan “Amal Kebajikan untuk al-Quds: Realiti dan Harapan” bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan perancangan para peserta dari seluruh dunia untuk membantu al-Quds dan berbincang prospek-prospek yang berpotensi masa depan untuk membantu al-Quds secara bersama.

Dalam muktamar tersebut, Bro Hussein mewakili IHH berkongsi beberapa maklumat tentang pihak mereka dalam membantu perjuangan rakyat Palestin. Beliau mengimbau bagaimana Khilafah Uthmaniyyah dahulu telah berusaha membela bumi Palestin begitu jugalah IHH melakukan peranan yang sama kini.

Beliau mengingatkan umat Islam telah melupakan negeri-negeri Islam yang lalu, sebagaimana mereka telah melupakan Baitul Maqdis. Maka, IHH akan berusaha untuk mengembalikan ingatan umat Islam kepada Baitul Maqdis yang dilupakan.


IHH membantu al-Quds dalam beberapa peringkat antaranya memberi kesedaran tentang kepentingan membantu al-Quds, menjalin hubungan dengan individu dan NGO, menjemput tokoh-tokoh bagi berbincang hal-hal berkaitan al-Quds dan memberi bantuan berterusan terus kepada rakyat Palestin termasuk pelarian di kem pelarian di Lubnan dan Jordan.

Ust Noor Syazlie mewakili Aqsa Syarif turut diberi laluan untuk berkongsi beberapa projek Aqsa Syarif di Gaza dan Baitul Maqdis antaranya bantuan sebanyak USD30,000 untuk projek renovasi Masjid al-Aqsa di samping mempromosi projek Rose2Rose (R2R) dan projek pembinaan Pusat Komuniti Wanita di Gaza.

Aqsa Syarif melalui QFM (Quds Foundation Malaysia) juga telah menyerahkan USD10,000 untuk menaja projek penggalian dua telaga di sekitar Baitul Maqdis di sekitar Kota Lama. Projek ini melibatkan penggalian 20 buah perigi dalam tempoh 9 bulan di mana setiap perigi menelan belanja USD4,500.

Telaga ini akan menyuburkan kawasan di sekitar masjid kerana ia akan menyalurkan air hujan dan mengumpulkannya. Ia boleh digunakan oleh petani untuk membangunkan aktiviti pertanian serta memberi peluang kerja kepada penduduk sekitar yang menghadapi pengangguran yang tinggi.

Penyerahan rasmi telah diterima oleh Pengurus Besar QII (Palestin-Lubnan), Mr Yassin Hammoud disaksikan oleh Ust Nasharuddin Mat Isa, Pengerusi Lembaga Pengarah QFM. Semoga Allah Taala merahmati semua penyumbang yang sentiasa peka dengan perjuangan pembebasan Palestin dan Baitul Maqdis.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia