Rose2Rose Charity Dinner: Amal rakyat Malaysia untuk wanita Palestin

Sejumlah 100 meja atau 1,000 kerusi telah habis dijual dengan penyumbang terdiri daripada kalangan orang awam hinggalah kepada wakil badan-badan korporat dan wakil-wakil NGO.Antara tetamu jemputan khas dari Palestin ialah Dr Khalid Mahmoud Abu Nada, Pengerusi Darul Quranul Karim Wa Sunnah dan Dr Mahmoud Al-Hirthani, pensyarah Universiti Islam Gaza.

Antara tetamu badan korporat yang hadir ialah CEO Medic Mesir, Puan Siti Haniza Mohd Nazri, Pemangku CEO Worldwide Holdings, Ahmad Azman Azizul Rahman dan CEO Irshad HR Consulting, Tn Hj Mohd Adam Mohd Said. Antara tetamu jemputan NGO pula ialah Naib Presiden IKRAM, Tn Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi AQSA, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin serta para Ahli Lembaga Pemegang Amanah AQSA.

Majlis yang dipengerusikan oleh aktivis Rose2Rose, Dr Hafidzah Mustakim bermula dengan bacaan al-Quran oleh kanak-kanak hafizah Palestin, adik Aya Sad Mussa Abu Jazar mengenai kelebihan mereka yang mendermakan harta di jalan Allah.


Kemudian, Penasihat Projek Rose2Rose, Dr Fauziah Hassan berucap menghargai para menyumbang dalam majlis makan malam amal ini. Beliau memperkenalkan pelbagai projek Rose2Rose yang sedang dan akan dijalankan oleh Aqsa Syarif untuk membantu wanita Palestin.

Majlis ini diserikan dengan ucapan Tahany Ramadhan Abu Jazar atau Ummu Muaz, Pengurus pusat komuniti wanita Palestin tajaan Rose2Rose, Darul Quranul Karim wa Sunnah dan ucapan aktivis wanita Palestin, Syaimaa Syihab yang merupakan Pengerusi Persatuan Ar-Rahmah Jabalia yang dijemput khas dari sana.

Kedua-duanya sangat bersyukur dan amat menghargai jasa rakyat Malaysia serta para penyumbang makan malam ini dan juga memuji usaha Aqsa Syarif membantu kebajikan wanita Palestin yang menerima kesan sosio-ekonomi yang paling teruk akibat peperangan.

Sebagai kenangan untuk mereka, Dr Fauziah memberikan cenderahati berupa sejambak aneka bunga dan plak berbentuk Masjid al-Aqsa untuk Ummu Muaz dan Syaimaa. Pemberian ini dibalas oleh Ummu Muaz dengan cenderahati mafla Palestin untuk Dr Fauziah, Puan Norsham Abu Bakar (Pengarah Majlis) dan Dr Hafidzi.

Lebih mengharukan, majlis ini turut dihadiri Sdr Jaafar Mat Isa, Yang Dipertua Persatuan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) yang menyumbang 12 set al-Quran versi tulisan Braille untuk orang buta di Gaza.


Dua penyumbang terbesar makan malam amal ini ialah Puan Siti Haniza, CEO Medic Mesir dengan sumbangan berjumlah RM140,000 dan juga Worldwide Holdings berjumlah RM30,000 yang diwakili Pemangku CEO, Ahmad Azman yang naik ke pentas menyerahkan cek sumbangan.

Selepas persembahan montaj Rose2Rose, para penyumbang dipersilakan untuk menjamu hidangan makan malam. Semasa makan, mereka dipersembahkan pula dengan nasyid kumpulan Saff-One yang bertajuk Allahu Ghayatuna dan Kedamaian. Kemudian aktivis AQSA Selangor, DJ Idris dan CEO AQSA Johor, Ust Rofazlin Jusoh mengendalikan lelongan amal produk kraftangan menarik, sulaman wanita Palestin. Barang lelongan kali pertama dan kedua berupa beg, dompet dan sarung telefon bimbit yang bersulam.


Lelongan pertama dimenangi Saudari Azah dari Shah Alam, dengan sumbangan berjumlah RM2,500 dan lelongan kedua dimenangi Saudara Nawi juga dari Shah Alam dengan sumbangan sebanyak RM1,100. Seterusnya, puisi bertajuk Palestine and Years telah disampaikan oleh aktivis AQSA Ahmad Munawer Ismail. Kemudian, Prof Madya Dr Lim Swee Tin menyampaikan puisi diiringi lagu puisi Kumpulan Asita yang bertajuk Kembang Harum Untukmu Palestin.

Dr Lim Swee Tin adalah pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau merupakan pemenang anugerah SEA Write Award (2000), anugerah sastera tertinggi di Asia Tenggara dan juga pemenang Hadiah Sastera Malaysia untuk beberapa tahun. Sajak-sajak dan puisi beliau mempunyai nilai sastera yang amat tinggi.


Kedua-dua persembahan puisi Ahmad Munawer dan Dr Lim Swee Tin juga diiringi dengan persembahan seni pasir yang amat menarik sekitar penderitaan rakyat Palestin oleh Bee Ghee Leng. Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan bukan Islam terhadap perjuangan rakyat Palestin, Dr Lim Swee Tin dan Ghee Leng turut dihadiahkan dengan mafla Palestin oleh Dr Khalid Mahmoud.

Satu set jubah wanita bersulam yang amat cantik telah dibida untuk lelongan kali ketiga dan terakhir. Istimewanya, set jubah tersebut dimenangi oleh Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa dengan jumlah sumbangan RM3,100. Ketiga-tiga penyumbang lelongan amal dibacakan doa oleh Ust Rofazlin semoga sumbangan mereka diberkati, dosa mereka diampunkan dan rezeki mereka bertambah.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan puisi syahdu mengenai Palestin oleh adik Nina dari Sekolah Sri Al-Amin Bangi. Acara bertambah menarik dengan kehadiran adik-adik comel membawa bakul untuk membuat jualan amal meja ke meja berupa barangan kraftangan yang dihasilkan oleh wanita Palestin.


Di kalangan hadirin wanita kemudiannya mengalirkan air mata menyaksikan lagu, puisi dan flash mob mengenai penderitaan rakyat Palestin. Sungguhpun ia lakonan, persembahan IKRAMTeens Subang Jaya dan mahasiswa UiTM Shah Alam ini amat menyentuh hati mereka. Jika lakonan pun amat menyentuh hati, apatah lagi penderitaan sebenar yang dihadapi oleh rakyat Palestin di sana; ibu bapa terbunuh, suami ditangkap, rumah mereka dibom dan hidup mereka tidak lagi aman.

Seterusnya Pengarah Majlis, Puan Norsham telah mengumumkan jumlah kutipan derma pada malam itu sahaja berjumlah RM193,226 sementara jualan amal dan lelongan amal berjumlah lebih daripada RM15,000. Majlis ini diakhiri dengan doa penutup oleh bekas Pengerusi AQSA, Prof Madya Ust Hasanuddin Mohd Yunus yang memohon semoga hadirin terus konsisten membantu perjuangan rakyat Palestin membebaskan Masjid al-Aqsa dan tanah air mereka.

Tahniah kepada jawatankuasa penganjur makan malam amal ini dan juga para hadirin sebagai rakyat Malaysia yang menyumbang untuk membangunkan satu lagi pusat komuniti wanita di Palestin yang dinamakan Wardatul Aqsa (Rose of Al-Aqsa).

Sumber gambar:

FB Aqsa Syarif

FB Shaharom Shariff

FB MedicMesir

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia