Hi-T3, Forum tingkat kesedaran dakwah non-Muslim

Dalam menterjemahkan saranan Allah supaya berdakwah secara berhikmah sepertimana dalam surah an-Nahl ayat 125, Firdaus menasihatkan hadirin untuk lebih mengenali jiran, rakan dan kenalan kita yang beragama selain Islam. Beliau sempat menyentuh beberapa aspek dalam mengenali masyarakat dan amalan kaum Cina di Malaysia.

Antara yang menarik perhatian hadirin adalah statistik daripada 7.5 juta penduduk Malaysia yang berbangsa Cina, 9.3 % beragama Kristian, hanya 0.5% beragama Islam dan bakinya 90% beragama Buddha, Taoisme, Confusianisme dan lain-lain.

Ini jelas menunjukkan bahawa pendakwah agama Kristian sangat gigih dan lebih aktif menjalankan dakwah berbanding pendakwah Islam. Statistik ringkas ini cukup membuka mata hadirin supaya lebih bersemangat untuk berdakwah kepada jiran, rakan dan kenalan di kalangan bangsa Cina.

Di Shah Alam pula, Ikram Shah Alam dan pihak Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18 telah menganjurkan Forum Dakwah Harmoni yang bertajuk “Aqidah Tergugat: Punca dan Masalah” pada Ahad 8 Julai yang lalu di masjid tersebut. Dua panelis yang merupakan aktivis dakwah PERKIM dijemput iaitu Ust Amin Yaakob dan Bro Lim Jooi Soon di mana forum dipengerusikan oleh Hj Norazmi Mat Noh, YDP Ikram Shah Alam.

Ust Amin menjelaskan betapa pentingnya masyarakat Islam jelas dan faham tentang aqidah Islam dengan Kristian antaranya konsep Allah Yang Esa dengan konsep Triniti (Tuhan 3 dalam 1), Al-Quran kalam Allah yang tetap satu dengan Bible ciptaan manusia yang berubah dan banyak versi, para Rasul dan Nabi yang maksum dengan para Nabi yang berbuat dosa (berdasarkan Bible) dan Akhirat yang hakimnya ialah Allah dengan Jesus sebagai hakim di Akhirat (Kristian).

Beliau turut menjelaskan bahawa statistik yang dibuat oleh UiTM tentang jumlah mereka yang murtad sebenarnya hanya dalam sekitar 1,000 orang berbanding yang digembar-gemburkan dalam arus perdana, di mana peratusan 95-98% daripadanya adalah di kalangan saudara baru yang kembali ke agama asal.

Tambahnya, situasi ini terjadi kerana sikap sambil lewa hanya mahu bersyahadah tanpa penerangan dan kefahaman yang sejelas-jelasnya akan rukun iman yang enam di samping kurang fokus dan sambutan masyarakat Islam untuk berkhidmat menyantuni saudara baru.

Lim Jooi Soon pula berkata bahawa peluang masyarakat belum Islam menyumbang kepada masyarakat Islam sangat terhad. Dakwah bil hal (dakwah dengan perbuatan) perlu dilakukan oleh masyarakat Islam dengan sempurna dengan menunjukkan akhlak yang mulia seperti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Tambahnya, kadang kala masyarakat Melayu Muslim kurang menepati janji dan tidak menjaga masa. Contohnya, masyarakat belum Islam sangat takut apabila mereka yang berkata ‘InsyaAllah’ kerana kebiasaannya ia tidak akan jadi, dan bila buat temu janji sering mereka tidak menepati masa menyebabkan peluang dakwah kepada masyarakat belum mengalami kegagalan.

Semoga ceramah dan forum seperti ini mampu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya masyarakat Islam berdakwah kepada masyarakat belum Islam di kalangan jiran, rakan sekerja dan sahabat handai di samping menyantuni dan membantu saudara baru supaya kekal dalam Islam. Sekalung penghargaan buat Ikram Subang Jaya dan Ikram Shah Alam atas usaha kesedaran ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia