Delegasi Yayasan Al-Quds Antarabangsa lawat ibu pejabat Ikram

SERI KEMBANGAN – Perjuangan membebaskan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis di Palestin memerlukan usaha yang berterusan daripada umat Islam seluruh dunia. Lawatan delegasi daripada Yayasan Al-Quds Antarabangsa ke Malaysia, menunjukkan komitmen mereka meraih bantuan dan sokongan tersebut di peringkat kerajaan, pertubuhan mahupun rakyat.
Bekalan berharga MISI ‘12 bentuk pendakwah muda berkualiti – Bahagian 2

Rutin awal pagi MISI ’12, peserta dan penganjur bangun melaksanakan qiyamullail bagi menguatkan rohani supaya rapat dengan Rabb mereka dengan solat tahajjud, taubat dan witir serta berzikir. Usai solat Subuh berjemaah, peserta membaca wirid al-Mathurat dan al-Quran di samping menghafaz ayat-ayat al-Quran yang diwajibkan oleh pihak penganjur. Sebelum slot utama bermula, peserta tertentu telah dipilih untuk menyampaikan pidato mereka dalam Speaker’s Corner.
MPN melabuh tirai, 3 YDP Ikram Negeri baru

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 14 Pertubuhan Ikram Negeri di seluruh negara telah selesai mengadakan Mesyuarat Perwakilan Negeri (MPN) 2012 masing-masing bermula 28 April hingga 27 Mei yang lalu, menyaksikan pelantikan tiga Yang Dipertua dan tiga Setiausaha baru dalam pemilihan AJK Negeri bagi sesi 2012-2014.
Konvoi ‘Miles of Smiles’: Kenyataan Bersama Viva Palestina Malaysia dan Aqsa Syarif
Pada 8 dan 10 Jun 2012, 11 orang sukarelawan dari Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif berangkat ke Kaherah dalam perjalanan menuju Gaza melalui pintu masuk Rafah. Mereka adalah sebahagian dari inisiatif dari Eropah iaitu konvoi kemanusiaan ‘Miles of Smiles’ 13 (MoS 13) yang dinamakan ‘The Leadership Convoy… Promise of Victory.” (Konvoi Kepimpinan – Janji Kemenangan). Perhubungan harian melalui e-mel dan panggilan telefon di antara VPM dan MoS yang diketuai oleh Dr Essam Mustafa sejak bulan Mei 2012 akhirnya membuahkan hasil apabila konvoi MoS13 selamat tiba di Gaza pada 10 Jun 2012. Di antara negara-negara yang mengambil bahagian dalam konvoi MoS13 termasuklah sukarelawan dan aktivis dari United Kingdom, Belgium, France, Singapore, Malaysia, Afrika Selatan, Libya, Algeria, Mauritania, Turki, Maghribi, New Zealand dan banyak negara lain.
Misi kemanusiaan A2G4: IKRAM-AQSA2Gaza berjaya – Bahagian 2

Aktivis misi A2G4 telah mengambil peluang melawat pejabat NGO Emaar di Khan Younis. Penutupan pintu Rafah pada 24 Mei dan kegagalan peserta misi merentasi sempadan telah dimanfaatkan dengan membuat lawatan kedua dan bermesyuarat di Pejabat Emaar serta melawat beberapa premis perniagaan yang telah berjaya mendapatkan bantuan kewangan melalui projek mikrokredit yang dijalankan oleh Aqsa Syarif hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Bekalan berharga MISI ‘12 bentuk pendakwah muda berkualiti – Bahagian 1

GOMBAK – Menggabungkan keseluruhan elemen pengisian tarbawi, latihan kepimpinan, kemahiran kendiri, aktiviti lasak, rekreasi dan sukan, khidmat masyarakat, aktiviti dalam dewan dan aktiviti pembentukan rohani, Mukhayyam Intensif Kepimpinan Siswa-siswi IKRAM 2012 (MISI ‘12) satu-satunya kem bersepadu tahunan yang unik di Malaysia yang menjanjikan bekalan berharga untuk membentuk pendakwah muda yang berkualiti di kalangan mahasiswa IPT.